Critical Holdings terima kontrak RM62.5 juta daripada IJM sedia perkhidmatan kejuruteraan bagi kilang semikonduktor di Pulau Pinang | DagangNews Skip to main content

Critical Holdings terima kontrak RM62.5 juta daripada IJM sedia perkhidmatan kejuruteraan bagi kilang semikonduktor di Pulau Pinang

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Okt- Critical Holdings Bhd menerusi Critical M&E Engineering Sdn Bhd menerima kontrak RM62.5 juta daripada IJM Construction Sdn Bhd bagi penyediaan perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik bagi kilang semikonduktor di Batu Kawan, Pulau Pinang.

 

Menerusi kontrak itu, kumpulan itu akan melaksanakan pembekalan, penghantaran dan pemasangan, ujian, pentauliahan dan penyelenggaraan berkaitan di kilang berkenaan.

 

Kontrak ini dijangka siap menjelang Ogos 2025 dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat untuk tempoh kontrak.

 

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Critical Holdings, Ir. Tan Si Lim berkata, pihaknya berbesar hati untuk dianugerahkan kontrak ini kerana ia menandakan kepercayaan terhadap kepakaran kumpulan,

 

"Kemenangan kontrak adalah selaras dengan strategi pertumbuhan kami untuk mengambil lebih banyak projek yang lebih besar dengan nilai yang lebih besar sambil kami mengukuhkan kedudukan dan kredibiliti kami dalam ruang yang semakin berkembang ini."

 

Kemenangan kontrak itu susulan daripada kejayaan mereka meraih kontak berniai RM82 juta pada bulan lalu.- DagangNews.com