Malaysia-Rusia bincang kerjasama pertahanan, tingkatkan hubungan industri | DagangNews Skip to main content

Malaysia-Rusia bincang kerjasama pertahanan, tingkatkan hubungan industri

Pembelian pesawat Sukhoi 30MKM dari Rusia sangat bernilai kepada Malaysia.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Malaysia memperkemas hubungan pertahanan dua hala dengan Rusia termasuk dalam bidang industri yang mempunyai kaitan langsung dengan kedua-dua negara.

 

Perbincangan tersebut dilaksanakan semasa Mesyuarat Joint Intergovernmental Commission on Cooperation (JICC) in the Field of Defence, Defence Industry and Defence Technology yang ke-17 di Moscow.

 

Ini merupakan perkembangan terbaru yang mempunyai signifikan diplomatik besar antara Malaysia-Rusia.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7398462219815619848.jpg?itok=YxGlH40n","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7398462219815619848?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7390560066821703185","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

Sesi mesyuarat ini dianjurkan oleh Federal Service for Military-Technical Cooperation (FSMTC).

 

Pesawat
Isham (kiri) dan Mikhail Petukhov pada mesyuarat JICC di Moscow.
 

 

Pesawat
Delegasi Kementerian Pertahanan dan kerajaan Rusia semasa mesyuarat JICC.

 

Delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak. 

 

Bersama Timbalan Pengarah FSMTC, Mikhail Petukhov yang mewakili kerajaan Rusia, Isham mempengerusikan bersama mesyuarat tersebut.

 

Kedua-dua pihak JICC telah bertukar pandangan berkenaan dengan kerjasama pertahanan dua hala, khususnya dalam usaha mempertingkatkan lagi kerjasama industri pertahanan.

 

Selain itu, Isham Ishak turut menjemput pihak Rusia untuk menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA 2025) pada tahun hadapan.

 

Memang diakui, sepanjang penganjuran LIMA kehadiran aset-aset udara Rusia menjadi tarikan utama memandangkan negara itu tidak mudah untuk hadir ke acara serupa di tempat lain.

 

Sejak konflik meletus di Ukraine, Rusia dipinggirkan negara-negara Eropah manakala rakan dagangan lain semakin berhati-hati bagi mengelakkan sekatan.

 

Pesawat
Pembelian pesawat MiG-29N telah melonjakkan keupayaan TUDM di rantau Asia Tenggara.

 

Bagaimana pun, kesan langsung konflik ini terhadap Malaysia adalah terhad memandangkan hubungan perdagangan dan kewangan yang kurang ketara antara kedua-dua negara.

 

Berbeza dengan negara serantau seperti Vietnam, Myanmar dan Thailand, Malaysia sebaliknya mempunyai kepentingan geopolitik yang berbeza dengan Rusia.

 

Cuma sedikit membimbangkan berhubung sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat di bawah Countering America’s Adversaries Through Sanctions Act (CAATSA) yang menghalang mana-mana negara untuk memperoleh aset ketenteraan buatan Rusia.

 

Imbas kembali, kerjasama pertahanan antara Malaysia-Rusia bermula apabila negara semasa pentadbiran Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad membeli pesawat MiG-29N pada tahun 1995.

 

Pembelian pesawat MiG-29N bukan sahaja telah melonjakkan keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia, malah buat pertama kali menggunakan aset ketenteraan berteknologi era Soviet.

 

Pesawat
Sukhoi 30MKM menjadi tunjang utama pertahanan udara negara.

 

Pesawat

 

Pelengkap pada pembelian ini apabila Rusia membantu menubuhkan Aerospace Technology Systems Corporation.Sdn. Bhd. (ATSC) iaitu pusat selenggaraan pesawat MiG-29N di Kuantan, Pahang.

 

Rusia berkongsi kemahiran kejuruteraan aeroangkasa apabila memindahkan teknologi tersebut kepada jurutera-jurutera tempatan di sini.

 

Seterusnya, Kementerian Pertahanan membeli aset-aset lain yang signifikan seperti senjata antikereta kebal Metis-M, peluru berpandu antipesawat Igla.

 

Perolehan terbesar ialah 18 pesawat Sukhoi SU-30MKM yang mana projek pembelian ini membolehkan Malaysia mendapat lampu hijau untuk menghantar angkasawan pertama pada tahun 2007.

 

Pesawat Sukhoi SU-30MKM ketika ini menjadi tunjang utama pertahanan udara negara walaupun lebih 15 tahun digunakan.

 

Pesawat
Sistem peluru berpandu antikereta kebal Metis-M.

 

Pesawat

 

Bagaimana pun, Sukhoi perlu melalui proses penyelenggaraan ekstensif untuk menaik taraf keupayaan sedia ada.

 

Selain itu, kerjasama pertahanan Malaysia dan Rusia telah diperkukuhkan menerusi memorandum persefahaman yang dimeterai pada tahun 1999.

 

Ia merangkumi kerjasama pertahanan, teknologi pertahanan, industri pertahanan dan kepentingan-kepentingan lain yang saling memanfaatkan kedua-dua pihak. - DagangNews.com

 

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/EzkgdTxDuOQ.jpg?itok=ZeyLlrD7","video_url":"https://youtu.be/EzkgdTxDuOQ","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}