Maybank mohon maaf namun tiada penjelasan mengenai gangguan perkhidmatan | DagangNews Skip to main content

Maybank mohon maaf namun tiada penjelasan mengenai gangguan perkhidmatan

KUALA LUMPUR 17 Jan - Malayan Banking Berhad (Maybank) memohon maaf atas gangguan yang berlaku ke atas perkhidmatannya yang berlaku hari ini.

 

Gangguan tersebut merangkumi semua perkhidmatan perbankan dalam talian termasuk laman web Maybank2u, perkhidmatan perbankan dalam talian, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), perkhidmatan terminal layan diri dan perkhidmatan kad debit.

 

"Kami memohon maaf atas masalah yang berlaku dan kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya segera.

 

"Terima kasih atas kesabaran dan kefahaman semua dalam isu ini" katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini namun tidak mendedahkan punca sebenarnya berlakunya gangguan berkenaan.

 

Sementara itu, di Bursa Malaysia, haraga jualan saham Maybank mencatatkan penurunanan sebanyak 5 sen atau 0.59% pada pukul 5 petang kepada RM8.41 dengan nilai pasaran sebanyak RM99.91 bilion.

 

Jumlah saham terbitan Maybank yang dilaporkan adalah pada 9 Disember 2021 dengan jumlah sebanyak 11.88 bilion. - DagangNews.com