Maybank naikkan kadar asas standard, BR dan BLR sebanyak 25 mata mulai 7 November 2022 | DagangNews Skip to main content

Maybank naikkan kadar asas standard, BR dan BLR sebanyak 25 mata mulai 7 November 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 Nov - Maybank akan menaikkan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas mulai 7 November 2022, berikutan pengumuman kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) hari ini.

 

Kadar asas standard (SBR) dan kadar asas Maybank akan dinaikkan daripada 2.50% kepada 2.75% manakala BLR akan dilaras daripada 6.15% kepada 6.40%.

 

Begitu juga, kadar asas standard Islam dan kadar asas Islam akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.50% kepada 2.75% masing-masing manakala kadar pembiayaan asas islamik akan dinaikkan daripada 6.15% kepada 6.40%.
 


Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 7 November 2022.


 
Semakan terakhir dalam kadar asas Maybank adalah pada 12 September 2022 apabila ia dinaikkan daripada 2.25% kepada 2.50% berikutan kenaikan OPR dengan kuantum yang sama. - DagangNews.com