MCMC: Mesej larang warga emas mengundi PRN Johor kerana COVID-19 adalah palsu | DagangNews Skip to main content

MCMC: Mesej larang warga emas mengundi PRN Johor kerana COVID-19 adalah palsu

CYBERJAYA 7 Feb - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan sebarang penyebaran berita palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Satu mesej tular di media sosial baru-baru ini yang meminta warga emas untuk tidak keluar mengundi pada pilihan raya negeri Johor yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 dalam kumpulan tersebut.

 

Peringatan ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dan suasana panik dalam kalangan masyarakat yang boleh mencetuskan situasi yang tidak diingini.

 

Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini dan menentusahkan maklumat-maklumat yang diterima daripada sumber rasmi terutamanya melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ataupun melalui portal Sebenarnya.my.

 

Tindakan tegas juga boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang menyebarkan berita-berita tidak benar di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. - DagangNews.com