Menteri Pertahanan lawat KAI, Hanwa tinjau progres pembinaan pesawat FA-50M | DagangNews Skip to main content

Menteri Pertahanan lawat KAI, Hanwa tinjau progres pembinaan pesawat FA-50M

TUDM akan menjadi pengguna kedua selepas Poland memiliki varian FA-50 paling canggih.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 13 Sept - Lawatan kerja Menteri Pertahanan ke Korea Selatan menghadiri Seoul Defence Dialogue 2024 selama lima hari diakhiri dengan kunjungan ke atas fasilitas industri aeroangkasa republik itu.

 

Ini bagi meninjau kemajuan pemasangan pesawat tempur ringan dwifungsi, FA-50M yang sedang dalam pembinaan.

 

Lokasi dilawat Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama delegasi ialah Korea Aerospace Industries (KAI), Sacheon dan Hanwha Aerospace, Changwon.

 

Kedua-dua syarikat pengeluar aset ketenteraan ini bertanggungjawab dalam pembinaan 18 pesawat tempur ringan (LCA) FA-50M milik TUDM yang akan diserahkan bermula tahun 2026. 

 

Pesawat
Mohamed Khaled berada di dalam kokpit pesawat FA-50 semasa melawat ke fasiliti KAI.

 

Pembelian bagi 18 pesawat ini telah dimuktamadkan Mei tahun lalu dengan kontrak bernilai hampir RM4 bilion.

 

Bukan sekadar menghasilkan enjin pesawat, Hanwa Aerospace merupakan peneraju industri di republik tersebut termasuk memajukan teknologi dalam bidang kejuruteraan angkasa lepas.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7414022919409487111.jpg?itok=oZMhXY8A","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7414022919409487111?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

Ini termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pertahanan darat yang perlu menjadi fokus Kementerian Pertahanan dalam melaksanakan pemodenan ATM.

 

Semasa lawatan ke KAI, Menteri Pertahanan berpeluang melihat demonstrasi produk pertahanan, fasiliti pembuatan serta mendengar sendiri kemajuan pembinaan pesawat FA-50M. 

 

Kemajuan pembinaan pesawat-pesawat tersebut telah mencapai 39% iaitu menepati seperti jangkaan yang ditetapkan.

 

Pesawat
Mohamed Khaled mendengar penerangan tentang enjin pesawat FA-50M.

 

Pesawat

 

Pada Julai lalu, kemajuan tersebut mencapai 37% yang mana kumpulan pertama 4 buah pesawat FA-50M dijadual diterima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Oktober 2026.

 

Seterusnya pihak KAI akan menyiapkan baki pesawat yang akan dihantar secara berperingkat-peringkat sehingga tahun 2028.

 

Sepertimana diketahui, pembelian 18 pesawat LCA adalah mengikut pelan CAP55 TUDM sebagai persediaan untuk rancangan pembangunan lebih lanjut.

 

Mengikut pelan ini, menjelang 2035 TUDM bersedia untuk melaksanakan pembelian pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) yang mana LCA adalah platform awal.

 

Pesawat

 

Pesawat FA-50M TUDM ialah varian paling moden dan berkeupayaan berbanding yang digunakan negara lain termasuk Korea Selatan kecuali milik Poland, FA-50PL.

 

Pembelian ini membolehkan kesiagaan ATM, khususnya TUDM ditingkatkan.

 

Keputusan kerajaan memilih pesawat FA-50M juga menyaksikan Korea Selatan meneroka pasaran lebih luas di rantau ini selepas berjaya memikat Indonesia, Thailand dan Filipina.

 

Program LCA TUDM juga merupakan prospek yang diintai banyak firma pertahanan sebelum ini termasuk India dan China.

 

Sehubungan itu, kerajaan diharap dapat menyegerakan pembelian LCA Batch 2 melibatkan 18 buah pesawat lagi supaya mencukupkan jumlah 36 buah pesawat yang dikehendaki.

 

Pesawat

 

Pesawat
Pembelian pesawat FA-50M sejajar dengan pelan CAP55 bagi pemodenan TUDM.

 

Delegasi Menteri Pertahanan kemudian melawat Hanwa Aeorospace iaitu syarikat yang membina enjin F404 bagi pesawat FA-50M.

 

Delegasi telah meninjau fasiliti pembuatannya, serta mendengar pembentangan syarikat berkenaan produk dan sistem pertahanan yang dibangunkan merangkumi aset keperluan tentera darat, laut, udara dan angkasa.

 

Justeru, lawatan Menteri Pertahanan ini antara komitmen kementerian tersebut dalam usaha memodenkan aset-aset pertahanan dan mengembangkan industri pertahanan tempatan.

 

Ruang dan peluang yang ada melalui perolehan seperti ini, perlu dimanfaatkan sebaiknya, misalnya dalam program ‘offset’ dan pemindahan teknologi.

 

Kesemua ini bagi memastikan industri tempatan dapat dibangunkan dan matlamat negara ke arah berdikari dalam pertahanan dicapai. - DagangNews.com

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/-eyxfh8RCtU.jpg?itok=6snSWxvW","video_url":"https://youtu.be/-eyxfh8RCtU","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}