Menu sempurna serba baharu daripada Jackson's Fried Chicken | DagangNews Skip to main content

Menu sempurna serba baharu daripada Jackson's Fried Chicken

KUALA LUMPUR 16 Jun - Beroperasi sejak 2020, Jackson’s Fried Chicken kini telah mengorak langkah dengan membawakan lebih banyak lagi hidangan cita rasa tempatan ke dalam segmen perkhidmatan makanan segera.

 

Menu baharu dan ditambah baik itu menggabungkan hidangan tempatan yang digemari ramai seperti Nasi Lemak dan pelbagai pilihan pencuci mulut yang pastinya memikat selera anda.

 

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkongsi kegembiraannya dengan pengumuman menu baharu tersebut.

 

Menurutnya, konsep gabungan sajian tempatan dengan cita rasa antarabangsa adalah gabungan kreatif baharu yang semakin popular kini.

 

"Kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Jackson’s untuk membawakan hidangan ayam goreng yang sememangnya terbaik kepada rakyat Malaysia,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Anda tidak tersalah lihat! Dengan hasrat untuk mengangkat hidangan ayam goreng ke satu tahap yang lebih tinggi, Jackson’s menggabungkan ayam goreng rangup dan lazat mereka dengan hidangan kebanggaan rakyat Malaysia, Nasi Lemak yang enak lagi beraroma!
 

 

Jackson's

 


Para pelanggan kini boleh menikmati Nasi Lemak dengan Jackson’s Popcorn Chicken, sama ada yang berperisa asli atau perisa pedas berapi! Memang sumpah sedap!

 

Walaupun bukanlah hidangan tempatan, namun kentang wedges rangup berkeju yang digemari ramai adalah antara penambahan terbaharu di dalam menu Jackson’s. Dilimpahi dengan sos keju yang enak, ia pasti merangsang selera anda.

 

Bukan setakat itu sahaja, satu lagi hidangan tempatan iaitu Bubur Ayam turut dimasukkan ke dalam menu Jackson’s Fried Chicken. Hidangan yang menyelerakan ini, digabungkan dengan ketulan ayam rangup menjadi satu hidangan sempurna yang mampu menenangkan jiwa. Bubur yang dimasak sempurna ini juga boleh dinikmati sama ada dengan ketulan ayam rangup berperisa asli atau pedas.


 

Jackson's

 


Pilihan hidangan berempah bukan untuk anda? Teringinkan sesuatu yang manis? Jangan bimbang kerana Jackson’s ada hidangan yang sesuai untuk anda! Memperkenalkan menu pencuci mulut yang lazat dan dicipta khusus bagi memenuhi selera anda!

 

Nikmati Double Chocolate Muffin yang pasti cair di dalam mulut anda. Muffin istimewa ini padat dengan cip coklat dalam setiap gigitan dan tiada yang lebih sedap berbandingnya. Selain daripada itu, pelanggan juga boleh memilih Banana Chocolate Chip Muffin, satu kombinasi klasik yang memberikan keseimbangan rasa pisang dan coklat yang sempurna.


 

Jackson's

 

Jackson's


 

Ada banyak lagi! Biscoff Baked Cheesecake adalah salah satu daripada menu baharu yang pastinya akan merangsang deria rasa anda. Ia sememangnya seperti yang diimpikan oleh semua penggemar biscoff. Akhir sekali, nikmati keenakan Burnt Cheesecake yang pastinya akan membuat anda ingin cuba lagi.

 

 

Jackson's

 

 

Jangan berlengah lagi! Pesanan boleh dibuat menerusi foodpanda dan pastikan anda tidak lupa untuk melihat menu baharu yang disediakan di sini!

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jackson’s dan penawaran terbaharu mereka, sila ikuti Instagram mereka juga! – DagangNews.com