MGRC bakal umum pelabur signifikan baharu? | DagangNews Skip to main content

MGRC bakal umum pelabur signifikan baharu?

MGRC juga dijadual mengumumkan hasil kewangan suku keempatnya hari ini.

KUALA LUMPUR 16 Feb – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad, syarikat genom  dan biofarmaseutikal, dijangka mengumumkan pemegang saham baharu yang signifikan minggu ini.

 

Difahamkan, pelaburan baharu berbentuk suntikan ekuiti itu adalah dari sebuah syarikat bukan dari sektor perubatan tetapi kejuruteraan.

 

‘’Pelaburan itu akan menjadikan kemasukan entiti baharu ini menjadi pemegang ekuiti terbesar di dalam MGRC.

 

‘’Ini selaras dengan matlamat entiti baharu itu yang sememangnya berhasrat menceburi sektor lain dalam usaha pengembangan dan mendapatkan aliran perolehan baharu,’’ katanya kepada DagangNews.com.

 

Sejak beberapa hari ini, saham MGRC mencatatkan kenaikan dengan semalam ia mencatat kenaikan sebanyak 13.56% untuk ditutup pada RM1.34 sesaham.

 

MGRC juga dijadual mengumumkan hasil kewangan suku keempatnya hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysian Genomics Resource Center Berhad welcome new significant investors?

 

Malaysian Genomics Resource Centre Berhad adalah syarikat peneraju genom dan biofarmaseutikal berpangkalan di Asia Tenggara.

 

Kumpulan ini ditubuhkan pada 2004 dan disenarai di Bursa Malaysia pada 2010.

 

Daripada kerja-kerja perintis di dalam penjujukan genom, analisis bioinformatik, dan perkhidmatan pengimbasan genetik, MGRC telah berkembang ke dalam sektor biofarmaseutikal dengan pembuatan terapi sel termasuk immunoterapi bagi pelbagai jenis kanser.

 

Menggunakan makmal penjujukan berdaya pengeluaran tinggi, fasiliti susunan mikro termaju dan makmal pemprosesan sel terbaharu paling canggih, Kumpulan adalah komited untuk menambah baik akses kepada rumusan penjagaan kesihatan terbaharu yang berketepatan dan diperibadikan. – DagangNews.com