MIDF jangka kapasiti pengeluaran Unisem meningkat dua kali ganda menerusi kilang baharu di Gopeng | DagangNews Skip to main content

MIDF jangka kapasiti pengeluaran Unisem meningkat dua kali ganda menerusi kilang baharu di Gopeng

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Mac - MIDF Research menjangkakan kapasiti pengeluaran Unisem akan meningkat sebanyak dua kali ganda selepas kilang semikonduktor baharu yang dibangunkan di Gopeng, Perak siap sepenuhnya.

 

Kilang tersebut yang memiliki keluasan kira-kira 57,000 meter persegi yang terletak di tanah perindustrian seluas 28.5 ekar dianggarkan menelan kos berjumlah RM300 juta.   

 

Firma penyelidikan itu berkata, kilang baharu itu yang akan dilengkapi dengan kemudahan serta perlatan terkini dijangka memenuhi keperluan pelanggan Unisem yang terdiri daripada pelbagai perniagaan serta perkhidmatan.

 

"Kami yakin dengan prospek jangka sederhana Unisem kerana mereka bersedia merebut peluang dengan percambahan 5G selain Internet Kebendaan (IoT) selain disokong dengan permintaan tinggi untuk semua segmen pasaran termasuk pengurusan tenaga frekuensi radio, elektronik pengguna dan automotif.

 

"Kami juga optimis dengan prospek perkembangan mereka menerusi pembinaan kilang baharu yang akan menjana aliran pendapatan menerusi permintaan cip yang tinggi selain kerjasama dengan TSHT untuk pasaran China," katanya dalam satu nota kajian.

 

BACA JUGA: Kemudahan pengeluaran baharu Unisem di Gopeng dijangka siap menjelang April 2023

 

Firma penyelidikan itu menngekalkan saranan 'beli' untuk saham Unisem dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak RM4.33 dengan menambat kepada jangkaan perolehan sesaham (EPS) 15.8 sen bagi FY22.

 

"Kami melihat permintaan yang tinggi untuk semua produk dan perkhidmatan terutama pembungkusan dan sistem mikro-elektro-mekanikal (MEM) mengesahkannya penilaian premium," katanya. - DagangNews.com