MIDF kekalkan saranan 'beli' ke atas MYEG | DagangNews Skip to main content

MIDF kekalkan saranan 'beli' ke atas MYEG

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 4 Jan - MIDF mengulangi saranan 'beli' terhadap MY E.G Services Bhd (MYEG) dengan harga sasaran RM1.27 berikutan pengambilalihan kepentingan dalam syarikat S5 Holdings Inc. yang dilihat neutral.

 

Firma itu juga positif terhadap prospek perniagaan jangka panjang MYEG dalam peningkatan transaksi e-kerajaan dan perkembangan pernigaan konsesi berkaitan.

 

"Selain daripada perkhidmatan pengankutan jalan secara dalam talian, perkhidmatan teknologi kesihatan, inisiatif blockchain dan kehadirannya di pentas global dan kerjasama serantau akan memberikan pulangan yang positif kepada kumpulan itu.

 

"Secara keseluruhan, MIDF mengekalkan saran beli kepada MYEG dengan sasaran harga yang tidak berubah iaitu RM1.27," katanya dalam satu nota kajian.

 

Sebelum ini, MYEG bercadang untuk membeli 10% lagi pegangan saham di dalam S5 Holdings dengan nilai RM86.5 juta.

 

Cadangan itu bertujuan mengembangkan perniagaannya di Malaysia dan pada masa sama mengukuhkan kedudukan sebagai pembekal pekhidmatan e-kerajaan. 

 

Berdasarkan kepada laporan kewangan yang diaudit untuk tahun kewangan berakhir (FYE) 30 Jun 2020, nilai aset bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham S5 bernilai RM50.25 juta manakala keuntungan bersih yang dicatatkan adalah RM28.53 juta. - DagangNews.com