MIDF Research kekal saranan 'beli' untuk Tasco, TP RM1.62 | DagangNews Skip to main content

MIDF Research kekal saranan 'beli' untuk Tasco, TP RM1.62

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 April - MIDF Research mengekalkan saranan 'beli' terhadap Tasco Berhad  dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi RM1.62 berbanding RM1.44.

 

Firma itu turut menyemak naik unjuran keuntungan selepas cukai (PAT) kumpulan itu sebanyak 18% kepada RM75.8 juta dan RM78.6 juta bagi FY23 serta FY24.

 

"Unjuran itu dibuat selepas mengambil kira beberapa perkara termasuk penjimatan yang lebih tinggi menerusi skim ILS dan normalisasi kadar pengangkutan yang lebih cepat berbanding sasaran," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) teras kumpulan itu adalah sebanyak RM80.9 juta pada FY22 dan ia melebihi jangkaam dan konsensus kami sebanyak 111% untuk setahun.

 

Katanya, pencapaian itu adalah itu disebabkan oleh prestasi segmen penghantaran barang yang lebih baik daripada jangkaan.

 

Pendapatan kumpulan itu bagi 4QFY22 meningkat lebih separuh kepada RM420.8 juta (+42.2%) dengan kadar pengangkutan kekal tinggi dan memberi manfaat kepada perniagaan mereka.

 

"Keuntungan sebelum cukai (PBT) untuk bahagian penghantaran udara meningkat sekali ganda kepada RM16.7 juta selepas menjadi ia menjadi pilihan utama akibat berlakunya gangguan rantaian bekalan manakala PBT untuk penghantaran laut meningkat kepada RM5.3 juta," katanya.

 

Firma itu berkata, pendapatan kumpulan itu meningkat sebanyak RM1.48 bilion dalam tempoh 12 bulan hasil sumbangan daripada dua bahagian penghantaran laut dan udara. - DagangNews.com