MIDF Research positif terhadap prospek FY24 Leong Hup dipacu permintaan berdaya tahan bagi haiwan ternakan | DagangNews Skip to main content

MIDF Research positif terhadap prospek FY24 Leong Hup dipacu permintaan berdaya tahan bagi haiwan ternakan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Ogos - MIDF Research positif terhadap prospek FY24 Leong Hup International Bhd disokong peningkatan permintaan berdaya tahan untuk untuk haiwan ternakannya selain penyusutan harga komoditi untuk makanan ternakan.

 

Katanya, penurunan itu membantu kumpulan mengurangkan kos bahan mentah dalam segmen produk berkaitan haiwan ternakan.

 

Firma penyelidikan itu berkata, Leong Hup juga sedang berusaha menambah baik teknologi untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan risiko.

 

"Walaupun operasi Malaysia dan Singapura Kembali normal selepas menampilkan prestasi luar biasa pada tahun lalu, kami optimis operasi Indonesia, Vietnam dan Filipina mempunyai lebih banyak ruang untuk dipertingkatkan.

 

Terdahulu, keuntungan bersih Leong Hup bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (2QFY24) meningkat kepada RM96.49 juta daripada RM65.03 juta tahun lepas.

 

Sementara itu, hasil bagi suku dalam tinjauan menurun kepada RM2.35 bilion daripada RM2.41 bilion sebelumnya, disebabkan terutamanya oleh harga jualan purata dan jumlah jualan yang lebih rendah di Vietnam dan Malaysia, serta jumlah jualan yang lebih rendah di Indonesia.

 

Bagi enam bulan terkumpul, keuntungan bersih Leong Hup meningkat hampir dua kali ganda kepada RM153.07 juta daripada RM87.17 juta, dan pendapatannya meningkat kepada RM4.76 bilion daripada RM4.61 sebelumnya.

 

MIDF Research menjangkakan kumpulan itu berdepan pelbagai risiko termasuk peningkatan kos bahan mentah yang lebih tinggi daripada jangkaan, perubahan peraturan yang merugikan, penularan wabak penyakit dan persaingan serantau yang sengit.

 

Firma penyilidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) 80 sen sesaham. - DagangNews.com