MIDF Research unjur syarikat EPCC RE muncul penerima manfaat terbesar projek CGPP | DagangNews Skip to main content

MIDF Research unjur syarikat EPCC RE muncul penerima manfaat terbesar projek CGPP

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Nov - Syarikat terlibat dengan kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) tenaga boleh diperbaharui (RE) dipercayai menjadi penerima manfaat terbesar daripada prospek pembinaan loji Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP).

 

MIDF Research menganggarkan keseluruhan kapasiti CGPP mencecah 800MW dan boleh menghasilkan sekitar RM2.4 bilion prospek EPCC.

 

Katanya, ia akan berfungsi sebagai penambahan semula buku pesanan tepat bagi tempoh tahun akan datang kerana projek ladang solar berskala besar 4 (LSS4) dijangka siap menjelang pertengahan 2024.

 

"Kami menjangkakan anugerah EPCC bagi projek CGPP akan mula diberikan mulai suku kedua 2024 dan seterusnya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, Suruhanjaya Tenaga (EC) pemohon yang berjaya bagi kumpulan kedua untuk CGPP dengan keseluruhan 237MW baki kuota telah dianugerahkan melibatkan kapasiti projek individu sebanyak 10MW hingga 29.99MW setiap satu.

 

Seperti pemenang pusingan pertama, loji CGPP dijangka mencapai tarikh operasi komersial (COD) menjelang akhir 2025 memberikan tempoh masa lebih sedikit daripada dua tahun untuk pembinaan dan pentauliahan loji.

 

Sejumlah 10 pemohon yang berjaya memerlukan beberapa pendedahan tersenarai tetapi pemenang yang utama ialah Samaiden, yang memperoleh jumlah kapasiti kasar sebanyak 43.3MW melalui dua permohonan.

 

Dengan kedudukan tunai bersih RM102 juta, kumpulan itu diyakini tidak akan menghadapi masalah untuk membiayai pembinaan loji CGPP.

 

Selain projek CGPP, firma penyelidikan itu percayabahawa projek solar utama yang diumumkan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) baru-baru ini berpotensi meningkatkan lagi prospek buku pesanan untuk pemain EPCC.

 

Sejumlah projek solar berskala besar 1.5GW telah diumumkan di bawah NETR yang terdiri daripada loji solar hibrid 1GW yang diterajui oleh UEM Group & Itramas Corporation dan taman solar 500MW di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB).

 

Katanya, terdapat juga projek solar terapung hidro hibrid 2.5GW yang akan diusahakan oleh TNB di empangan hidro Kenyir dan Sungai Perak, yang boleh melibatkan prospek pekerjaan EPCC sebanyak RM10 bilion hingga RM12.5 bilion.

 

"Kami mengekalkan saranan positif terhadap sektor utiliti disokong dasar yang jelas mengenai usaha peralihan tenaga yang dipercayai akan memacu penarafan semula sektor pada pertumbuhan yang lebih baik dan profil amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

 

"Pilihan utama kami ialah peserta subsektor EPCC iaitu Samaiden (Beli, TP: RM1.54), Sunview (Beli, TP: RM1.48) dan Pekat (BELI, TP:RM0.63) sebagai penerima utama projek CGPP.

 

"TNB (beli, TP: RM10.50) juga merupakan penerima dalam ruang pemilikan aset sebagai pemenang kapasiti terbesar di bawah CGPP dengan jumlah 90MWac," katanya. - DagangNews.com