KUALA LUMPUR 29 Julai - Kementerian Pertahanan (Mindef) telah mengeluarkan kontrak bagi membekalkan sebanyak 733 buah kenderaan sokongan pelbagai jenis untuk Tentera Darat.
Ini meliputi kenderaan pembawa senjata seperti mesingan berat, pelancar grenad berganda termasuk kenderaan pelbagai guna.
Kenderaan-kenderaan ini adalah sebahagian daripada kelengkapan yang diperlukan dalam melengkapkan Batalion Infantri Standard (BIS).
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7397252592142748944.jpg?itok=gRqGM1Qs","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7397252592142748944?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Dengan penyerapan 10 buah batalion dalam Rejimen Sempadan (RS) sebagai BIS dua tahun lalu, maka kesemua batalion yang ada dilengkapkan dengan aset sedemikian.
RS mempunyai masing-masing 5 buah batalion di Semenanjung dan Sabah Sarawak.
Sebelum ini, bajet bagi pembelian kenderaan berkenaan telah diumumkan pada sesi pembentangan Belanjawan 2024 tahun lalu.
Daripada jumlah tersebut, kontrak terbesar adalah untuk membekal dan menghantar 83 buah kenderaan pembawa senjata mesingan berat (HMG).
Kenderaan jenis ini diperlukan Tentera Darat sebagai platform senjata mobiliti tinggi untuk HMG.
Ciri-ciri kenderaan hendaklah mempunyai daya tahan yang baik untuk beroperasi di kawasan dengan bentuk muka bumi yang mencabar selain beroperasi di bandar.
Ia juga akan dapat menyediakan mobiliti, platform komunikasi dan perlindungan untuk kru.
Kenderaan hendaklah boleh melaksanakan operasi serangan dan pertahanan, operasi di kawasan terbina dan untuk tujuan latihan.
Kontrak kedua terbesar ialah membekalkan masing-masing 80 buah trak GS kargo bersaiz 1 tan dan kenderaan pembawa senjata (pelancar grenad automatik).
Turut diperlukan ialah kenderaan untuk membawa sistem pelancar peluru berpandu antikereta kebal jarak sederhana (ATGM-MR).
Ciri-ciri kenderaan juga adalah sama sepertimana platform pembawa senjata lain.
Selain kenderaan yang disebutkan, Mindef juga telah mengeluarkan kontrak membekal trak 1 tan kargo perkhidmatan am 4x4 untuk digunakan dalam semua jenis operasi.
Ia hendaklah digunakan bagi tujuan latihan, operasi dan pentadbiran.
Kenderaan ini hendaklah mempunyai mobiliti yang baik di atas jalan dan trek dengan keupayaan merentas desa.
Sebagai kenderaan pelbagai guna, ia juga hendaklah menepati untuk digunakan dalam misi tentera pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mindef pada tahun 2019 telah menganugerahkan kontrak membekal 40 buah kenderaan pembawa senjata kepada syarikat tempatan, Cendana Auto Sdn. Bhd. (Cendana Auto).
Sehubungan itu syarikat ini dijangka mempunyai potensi untuk mendapatkan kontrak tambahan sekali gus memberi kelebihan dalam aspek penyelenggaraan dan alat ganti.
Semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 lalu, Cendana Auto ada mempamerkan beberapa varian kenderaan pembawa senjata yang ditawarkan kepada Tentera Darat.
Begitu juga DRB HICOM Defence Technology (Deftech) yang sebelum ini dianugerahkan kontrak membekalkan 150 kenderaan GS Kargo 1 tan kepada Tentera Darat pada tahun 2020.
Berkemungkinan juga Deftech mempunyai potensi untuk mendapatkan kontrak tambahan bagi kenderaan serupa. - DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/Mh8-W1pIhMU.jpg?itok=sLdvvKqT","video_url":"https://youtu.be/Mh8-W1pIhMU","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}