KUALA LUMPUR 9 Ogos - Kementerian Pertahanan (Mindef) telah mengeluarkan tender kepada syarikat yang berkelayakan bagi kontrak membekalkan enam buah hoverkraf untuk Tentera Darat.
Kontrak ini meliputi menghantar, menguji dan mentauliah kesemua hoverkraf untuk tempoh tiga tahun.
Bagaimana pun, tawaran tersebut tidak menyatakan nilai kontrak selain ia adalah pembelian kerajaan atau secara disewa.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7401059445297483009.jpg?itok=11R8iPR0","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7401059445297483009?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7390560066821703185","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Jika pelaksanaan sewaan, ia mengguna pakai konsep Government Operate, Company Own and Maintain (GOCOM) selama tempoh kontrak.
Hovercraft atau dikenali juga sebagai kenderaan kusyen udara (ACV) adalah kenderaan air yang menggunakan kuasa udara untuk bergerak merentasi air.
Tentera Darat tidak pernah memiliki aset ini, sehubungan itu rancangan mendapatkan hoverkraf dilihat satu perkembangan baharu.
Dengan persekitaran operasi yang melibatkan kawasan perairan, pulau-pulau dan tasik maka keputusan untuk menambah hoverkraf sebagai aset ketenteraan adalah praktikal.
Tambahan pula dengan beberapa kejadian banjir besar yang melanda negara maka aset seperti hoverkraf sangat diperlukan untuk membantu semasa bencana.
Sebelum ini, rancangan perolehan hoverkraf diumumkan pada pembentangan belanjawan negara tahun lepas.
Bagaimana pun, keperluan untuk Tentera Darat dilengkapi dengan hoverkraf ada kerana sepanjang 20 tahun lalu terdapat beberapa syarikat tampil menawarkan kenderaan ini untuk diuji nilai.
Cuma mungkin disebabkan kekangan kewangan maka rancangan untuk mendapatkan hoverkraf tidak dilaksanakan.
Spesifikasi yang ditetapkan dalam tender hoverkraf ini hendaklah mempunyai daya tahan yang baik untuk beroperasi di semua jenis permukaan sama ada air cetek, kawasan pantai, kawasan berpasir, kawasan berpaya atau jalan.
Hoverkraf mesti boleh memuatkan sekurang-kurangnya 10 anggota lengkap dengan peralatan tempur semasa semua jenis operasi.
Ia juga akan dapat menjalankan tugasan selain ketenteraan seperti operasi bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana.
Kenderaan ini hendaklah mempunyai mobiliti yang baik untuk mengangkut anggota tentera dan logistik semasa operasi.
Berdasarkan spesifikasi, difahamkan Griffon Hoverwork 2000TD Hovercraft buatan United Kingdom mungkin merupakan calon yang sesuai untuk tender.
Hoverkraf ini boleh membawa sehingga 12 penumpang dan juga boleh dipasang dengan senjata kawalan automatik serta kelajuan sehingga 35 knot.
Hoverkraf buatan Griffon juga diguna secara meluas sama ada untuk pasukan tentera atau komersial sejak 20 tahun lalu. - DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/KYUSFHWeXAI.jpg?itok=uf-XEZE3","video_url":"https://youtu.be/KYUSFHWeXAI","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}