Minetech terima kontrak RM16.1 juta daripada Mah Sing bagi kerja naik taraf jalan, saliran pangsapuri M Nova | DagangNews Skip to main content

Minetech terima kontrak RM16.1 juta daripada Mah Sing bagi kerja naik taraf jalan, saliran pangsapuri M Nova

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Julai - Minetech Resources Bhd menerusi Minetech Construction Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM16.1 juta daripada MyVilla Development Sdn Bhd, anak syarikat Mah Sing Group Bhd bagi kerja-kerja naik taraf pembinaan jalan luar dan saliran bagi pembangunan pangsapuri M Nova di Batu, Kuala Lumpur.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pembangunan itu melibatkan dua fasa dengan Fasa 1 melibatkan 624 unit pangsapuri di Menara A setinggi 26 tingkat dan Menara B melibatkan 624 pangsapuri setinggi 26 tingkat di atas tujuh tingkat podium tempat letak kereta dan satu unit rumah sampah.  

 

Kata, Fasa 2 pula melibatkan Menara C dengan 832 unit pangsapuri setinggi 32 tingkat dan 11 unit ruang perniagaan satu tingkat dan satu unit ruang perniagaan pandu lalu satu tingkat.

 

"Kontrak ini dijangka siap dalam tempoh 21 bulan daripada tarikh permulaan," katanya.

 

Kumpulan itu berkata, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil, pendapatan dan aset bersih syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 dan 31 Mac 2026.

 

Katanya, kontrak itu tidak akan memberi kesan ke atas modal saham dan/atau struktur pegangan saham kumpulan.

 

Tiada risiko ketara yang boleh dijangka selain daripada risiko operasi yang berkaitan semasa tempoh kontrak. 

 

Pengurusan Minetech akan melaksanakan langkah kawalan dan prosedur operasi untuk mengurangkan kesan atau kemungkinan kejadian tersebut. - DagangNews.com