Mitrajaya terima kontrak RM38 juta bagi pembinaan bangunan 4 tingkat di Kuala Lumpur | DagangNews Skip to main content

Mitrajaya terima kontrak RM38 juta bagi pembinaan bangunan 4 tingkat di Kuala Lumpur

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Mitrajaya Holdings Bhd menerusi Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM37.9 juta daripada sebuah syarikat tempatan bagi pembinaan bangunan setinggi empat tingkat dengan satu tingkat tempat letak kereta bawah tanah di Kuala Lumpur. 

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu adalah selama 21 bulan dan akan bermula pada 30 Oktober 2024.

 

"Kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dan 2026. 

 

"Kontrak itu bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham Mitrajaya," katanya.

 

Katanya, risiko berkaitan kontrak adalah risiko operasi biasa yang boleh dikurangkan menerusi sistem kawalan pengurusan projek kumpulan.

 

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan. - DagangNews.com