Mokhzani dan Mirzan Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM, siasatan telah dimulakan | DagangNews Skip to main content

Mokhzani dan Mirzan Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM, siasatan telah dimulakan

Oleh Mohamad Iman

PUTRAJAYA 18 Sept - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata Tan Sri Mokhzani Mahathir dan abangnya Mirzan Mahathir telah mengisytiharkan harta mereka kepada suruhanjaya itu mengikut tarikh akhir yang ditetapkan.

 

Siasatan ke atas aset yang diisytiharkan telah pun bermula dan penyiasat suruhanjaya itu kini sedang berkomunikasi dengan peguam kedua-dua mereka untuk penyelarasan lanjut, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

 

 

"Mereka sudah membuat pengisytiharan aset kepada kami," katanya pada sidang media.

 

"Bagaimanapun, pegawai penyiasat kami sedang membuat berhubung dengan peguam mereka."

 

Sementara itu, Azam berkata, SPRM masih belum dapat mengesan lokasi ahli perniagaan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.

 

 

Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan
                  Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan

 

 

Menurut beliau, suruhanjaya itu masih mencari menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

"Kami belum berjaya mengesannya lagi tetapi usaha menjejakinya masih diteruskan," katanya.

 

Pada 22 Feb, Azam berkata beberapa pertuduhan pecah amanah (CBT) telah disediakan ke atas Muhammad Adlan.

 

Pada 9 Ogos tahun lalu, Muhammad Adlan menafikan bahawa dia cuba mengelak pihak berkuasa.

 

Peguamnya, Datuk Dr Baljit Singh Sidu, berkata anak guamnya menolak dakwaan bahawa dia "seorang pelarian." - DagangNews.com