MPN, MASA anjur Seminar Kebangsaan Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial di Putrajaya pada 13 Oktober 2022 | DagangNews Skip to main content

MPN, MASA anjur Seminar Kebangsaan Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial di Putrajaya pada 13 Oktober 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Okt - Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersama Institut Masa Depan Malaysia (MASA) buat julung kalinya akan menganjurkan Seminar Kebangsaan: Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial pada 13 Oktober 2022 di The Everly Putrajaya.

 

MASA menerusi kenyataan di Facebooknya memaklumkan, seminar itu akan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 5 petang.

 

Menurutnya, perasmian dan ucaptama akan disempurnakan oleh Pengerusi MPN merangkap Pengerusi MASA, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

"Kami berbesar hati menampilkan barisan pembentang kertas penyelidikan dan moderator terkemuka bagi mengupas isu dan berkongsi hasil penyelidikan mereka dalam seminar ini," katanya.

 

 

mpn

 

 

mpn

 

 

mpn

 

 

mpn

 

 

mpn

 

 

Menurutnya, penyertaan adalah percuma dan orang ramai boleh mendaftar menerusi pautan https://bit.ly/SeminarKebangsaanPemulihanNegara atau ikuti perkembangan terkini MASA melalui Instagram (institutmasa), Twitter (institutmasa), Linkedin (institutmasa) atau laman web institutmasa.com. - DagangNews.com