MR D.I.Y. bekerjasama dengan 7 penyedia perkhidmatan kewangan, tawarkan ‘Mega Cashback’  | DagangNews Skip to main content

MR D.I.Y. bekerjasama dengan 7 penyedia perkhidmatan kewangan, tawarkan ‘Mega Cashback’ 

KUALA LUMPUR 3 Feb – Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia; MR D.I.Y. Group (M) Berhad atau MR D.I.Y. bekerjasama dengan tiga bank dan empat penyedia e-dompet bagi menawarkan ‘Mega Cashback’ di semua cawangan MR. D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR bermula 15 Januari hingga 28 Februari 2022.

 

Tiga bank dan empat platform e-dompet tersebut adalah HSBC, Public Bank, MAE oleh Maybank, serta Touch ‘n Go eWallet, ShopeePay, GrabPay dan Boost.

 

Ketua Pemasaran, MR. D.I.Y. Group, Alex Goh berkata, peruncit tersebut berhasrat membantu pelanggan mendapatkan lebih nilai untuk ringgit mereka pada Tahun Baru Cina ini.

 

Beliau berkata, ia merupakan kali pertama MR. D.I.Y.  bekerjasama dengan tujuh penyedia perkhidmatan kewangan dalam satu program.

 

‘’Para pelanggan tertunggu-tunggu untuk menambah stok barangan perayaan dan keperluan rumah bagi menjadikan musim perayaan ini lebih bermakna bersama yang tersayang; ini merupakan masa yang tepat untuk memberi ganjaran kepada mereka dalam bentuk pulangan tunai dan diskaun.

 

Dengan ‘Mega Cashback’ dan komitmen “Always Low Prices”, kami dapat membantu rakyat Malaysia menikmati penjimatan berganda,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Goh berkata, program ‘Mega Cashback’ ini juga tepat pada masanya kerana ia membantu rakyat Malaysia menambah stok barangan keperluan perlindungan diri pada harga diskaun.

“Kami mahu semua rakyat Malaysia menikmati perayaan yang selamat, dan berasa yakin kerana mereka mempunyai semua barangan perlindungan diri yang diperlukan.

 

‘’Bagi kami, program ‘Mega Cashback’, ia bukan sekadar tentang harga rendah, tetapi juga untuk ketenangan fikiran.”

 

Promosi Mega Cashback berlangsung seperti berikut:

 

15 Januari - 28 Februari 2022

  • HSBC (MR. D.I.Y.) - Pulangan tunai RM10.00 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM50
  • Public Bank (MR. D.I.Y. / MR. DOLLAR / MR. TOY) - Pulangan tunai RM8 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM50.00*

 

17 Januari - 28 Februari 2022

  • GrabPay (MR. D.I.Y.) - Dalam kedai: Dapatkan diskaun 30 peratus (sehingga RM10) dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM33.00

 

18 Januari - 27 Februari 2022

  • MAE oleh Maybank  (MR. D.I.Y. / MR. DOLLAR / MR. TOY) - Imbas dan bayar, untuk mendapatkan pulangan tunai harian sehingga RM88.00 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30*

 

1 Februari - 28 Februari 2022

  • Touch n’Go e-wallet  (MR. D.I.Y. / MR. DOLLAR / MR. TOY) - Pulangan tunai RM3.00 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM40.00*
  • Boost - Pulangan tunai RM5.00 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30.00, dan menangi RM100 Boost MR. D.I.Y. wallet

 

Selain menepati janji “Sentiasa Harga Rendah”, peruncit uga komited terhadap inisiatif “Price Lock: Harga Kami Tetap Sama” di seluruh negara.

 

Di bawah inisiatif ini, peruncit komited untuk tidak menaikkan harga kesemua produk di bawah tiga jenamanya - MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR - sehingga 31 Mac 2022. - DagangNews.com