Rangkaian produk pemanis baharu: sukrosa rendah kalori, “Go½” dan campuran gula stevia, “GoNatura”. - Gambar FGVHoldings.com
KUALA LUMPUR 14 Ogos 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV) dan anak syarikat tersenarai awamnya, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) terus memanfaatkan reputasinya sebagai pengeluar gula halus bertapis berkualiti tinggi melalui rangkaian produk pemanis baharu.
Produk baharu ini dikeluarkan dibawah jenama "Premium Prai" termasuk sukrosa rendah kalori, “Go½” dan campuran gula stevia, “GoNatura” untuk memenuhi kehendak trend di kalangan pengguna yang memilih gaya hidup yang lebih sihat.
Varian baharu ini sudah berada di pasaran pada Julai 2020 dan akan memasuki rangkaian perdagangan moden tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Datuk Khairil Anuar Aziz berkata, Gula Prai telah menjadi jenama gula halus bertapis yang paling diminati dalam kalangan pengguna di Malaysia dengan pegangan pasaran sebanyak 61%.
Menurutnya, berada dalam perniagaan selama lebih daripada 50 tahun, MSM harus menyesuaikan diri dengan permintaan industri dan pengguna semasa, oleh itu produk baharu akan memperkukuhkan kedudukan MSM sebagai peneraju pasaran. “
“Agar konsisten dengan inisiatif pertumbuhan Kumpulan FGV, MSM akan terus menggunakan strategi lestari yang mentakrifkan kembali peluang memandangkan permintaan dan aksesibiliti pasaran yang progresif. Lebih banyak produk dan peluang perniagaan akan diterokai tahun ini untuk mempelbagaikan aliran pendapatannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Go½ adalah gula yang diadunkan dengan sukrosa, pemanis tanpa kalori yang banyak digunakan untuk meningkatkan rasa dalam pelbagai produk makanan dan minuman termasuk minuman ringan.
Walaupun mempunyai kadar intensiti tinggi sekitar 600 kali lebih manis daripada gula, sukrosa menyumbang kepada kemanisan tanpa menambahkan kalori atau karbohidrat. Menariknya, Go½ memberikan rasa manis kurang gula dengan mengurangkan pengambilan gula menjadi separuh.
Daripada menggantikan gula sepenuhnya dengan stevia, GoNatura melengkapkan bahagian kecil gula dengan rasa manis semula jadi stevia. Campuran unik ini memastikan rasa yang khas bagi pengguna untuk merasakan kemanisan dengan pengambilan gula yang lebih sedikit.
Khairil Anuar Aziz berkata, pihaknya sedar pengguna sekarang lebih mementingkan kesihatan.
"Ada keperluan untuk kita membuat pilihan gaya hidup seimbang, yang menawarkan alternatif pemanis untuk pengguna. Produk kami memberikan keseimbangan manis yang tepat dan mengawal pengambilan gula pengguna tanpa kehilangan selera.”
“Perluasan portfolio pengeluaran kami melalui produk baharu ini juga akan meningkatkan kadar penggunaan kilang baharu kami di Johor. Pada masa ini, kadar penggunaan berapa pada kadar 34% dan dijangka akan meningkat antara 48% hingga 50% untuk TK2020 berikutan perkembangan Kumpulan dalam segmentasi pasaran baharu dan pelbagai rangkaian produk,” tambah Khairil Anuar.
Go½ dan GoNatura dibungkus dalam kotak kecil dengan 50 paket kecil setiap satu untuk penyimpanan yang mudah. Pada masa ini, kedua-dua boleh didapati Elewsmart juga boleh dibeli secara dalam talian melalui Kedai FGV di Shopee. - DagangNews.com