MYFutureJobs: Lebih 12,000 jawatan kosong ditawar esok | DagangNews Skip to main content

MYFutureJobs: Lebih 12,000 jawatan kosong ditawar esok

MYFutureJobs

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 18 Jun - Lebih 12,000 kekosongan jawatan akan ditawarkan melalui temu duga secara dalam talian 
MYFutureJobs pada Sabtu, 19 Jun 2021.

 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkata, kesemua kekosongan tersebut ditawarkan oleh 79 majikan di seluruh negeri di Malaysia.

 

Sesi temu duga yang dijalankan secara talian melalui Cisco Webex itu akan dijalankan bermula 9.00 pagi hingga pukul 3.00 petang.

 

.

 

"Berita gembira kepada pencari kerja di luar sana! Jom sertai MYFutureJobs Weekend Online Interview akan diadakan di seluruh Malaysia. 

 

"Temu duga tertutup ini akan membuka peluang pekerjaan kepada pencari kerja untuk memohon jawatan yang ditawarkan," jelas Perkeso di laman Facebook rasminya hari ini.

 

.

 

Menariknya, orang ramai turut ditawarkan bantuan mobiliti sehingga RM1,000 apabila digajikan kelak.

 

Bantuan tersebut bagaimanapun turut tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Orang ramai diminta untuk melayari pautan yang disediakan mengikut negeri untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan jawatan kosong yang disediakan. 

 

Selain itu, info lanjut juga boleh diperoleh dengan menghubungi Zharif di talian 019-2493770. - DagangNews.com