Nantikan pesanan Pizza Hut dihantar dengan Ferrari | DagangNews Skip to main content

Nantikan pesanan Pizza Hut dihantar dengan Ferrari

.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 2 April - Pizza Hut melancarkan kaedah penghantaran terhebat bagi menghantar pizza lazat kepada pelanggan dengan menggunakan salah satu kereta terpantas di dunia. 

 

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, ia merupakan salah satu inisiatif Pizza Hut untuk memberikan keseronokan dan keceriaan kepada pelanggan sempena sambutan hari April Fool’s.

 

.

 

“Pizza Hut memang sentiasa terkenal untuk memberikan lebih dari sekadar pizza kepada pelanggan-pelanggan yang disayangi,- semua yang kami lakukan adalah untuk meraikan pizza itu sendiri, dan kemampuannya untuk mengubah keadaan biasa menjadikannya sebuah pengalaman menyeronokkan yang tidak mungkin dapat dilupakan. 

 

"Pada tahun ini, cara apa lagi yang lebih baik dari meraikan dan menyuntik keseronokan pada Hari April Fool’s daripada dengan melayan pelanggan kami dengan kelainan yang tidak dijangka melalui khidmat penghantaran kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

.

 

Tambah beliau lagi, pihaknya sentiasa percaya bahawa tempoh menunggu penghantaran pizza seharusnya menyenangkan dan menggembirakan pelanggan sama seperti saat menikmati pizza tersebut.

 

Susulan itu, penghantaran pihaknya dipertingkatkan lagi dengan kenderaan terhebat agar setiap saat penghantaran menjadi pengalaman hebat yang sering diharapkan daripada Pizza Hut. 

 

.

 

Pelanggan boleh menerima penghantaran pizza panas dan lazat dengan hanya satu klik pesanan di www.pizzahut.com.my atau Pizza Hut App. - DagangNews.com