Oleh ANIS FARHANAH MALEK
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd. Noor telah meletakkan jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif di AirAsia Berhad (AirAsia).
Perkara tersebut diumumkan oleh AirAsia menerusi makluman syarikat di Bursa Malaysia.
Kenyataan ringkas tersebut menjelaskan alasan peletakan jawatan oleh selebriti yang berusia 31 tahun berkenaan sebagai komitmen peribadi lain.
Peletakan itu berkuatkuasa 17 Ogos lalu.
Neelofa telah dilantik sebagai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Disember 2017. - DagangNews.com