Nestcon raih kontrak RM37.7 juta bagi kerja pembinaan di Kuala Langat | DagangNews Skip to main content

Nestcon raih kontrak RM37.7 juta bagi kerja pembinaan di Kuala Langat

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 6 Jun - Nestcon Infra Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Nestcon Berhad menerima kontrak daripada Seriemas Development Sdn. Berhad (Seriemas Development) untuk kerja-kerja tanah dan pembinaan bernilai RM37.7 juta.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Nestcon berkata, subsidiarinya telah menerima surat anugerah (LOA) pada 6 Jun 2024 untuk kerja-kerja di Kota Seri Langat, Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat.

 

"Kontrak ini melibatkan pembinaan dan penyelesaian kerja-kerja tanah, kerja-kerja peningkatan tanah, dan kerja-kerja lain berkait bagi pakej 4-2 untuk pembangunan berkenaan," katanya hari ini.

 

Menurut Nestcon, kontrak berkenaan bermula pada 11 Jun 2024 an akan disiapkan dalam tempoh 10 bulan bermula dari tarikh mula kerja iaitu pada 10 April 2025.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Nestcon peroleh kontrak pemasangan sistem solar PV bernilai RM3.6 juta daripada Subang Safety Glass

 

"Tempoh tanggungjawab kerosakan akan menjadi dua belas (12) bulan dari tarikh Sijil Penyiapan Amalan Kontrak Kerja-Kerja.

 

"Nestcon Infra akan menjalankan Kerja-Kerja Kontrak mengikut syarat-syarat dan terma-terma tambahan yang dinyatakan dalam LOA," jelasnya.

 

Kumpulan itu berkata, kontrak tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada aset bersih setiap saham, pendapatan setiap saham, dan gearan Syarikat sepanjang tempoh Kerja-Kerja Kontrak.

 

"Syarikat tidak meramalkan sebarang risiko luar biasa selain daripada risiko operasi normal yang berkaitan dengan LOA. Walau bagaimanapun, Syarikat akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengurangkan risiko sebagaimana yang diperlukan," ujarnya.- DagangNews.com