​​​​​​​Nissan pamerkan teknologi e-POWER, cekap bahan api sebanyak 21.7km per liter | DagangNews Skip to main content

​​​​​​​Nissan pamerkan teknologi e-POWER, cekap bahan api sebanyak 21.7km per liter

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 23 Mei Sebagai  inovator dan perintis kenderaan elektrik, Nissan bersedia untuk mengambil satu langkah lagi dalam mobiliti elektrik melalui teknologi gemparannya, e-POWER.

 

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., pengedar rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, mempamerkan teknologi elektrik terbaharu Nissan iaitu e-POWER di Malaysia Autoshow 2024, dari 22 Mei hingga 26 Mei 2024 di MAEPS Serdang, Selangor.

 

Sistem pemacu e-POWER merupakan teknologi unik Nissan. Ia menggunakan enjin petrol dan bateri Litium-ion untuk menjana motor elektrik – motor electric semata-mata untuk memacu roda.

 

Ia bertindak seperti kenderaan elektrik, memberikan tork serta-merta dan mempunyai pelepasan ekzos dan kos operasi yang lebih rendah berbanding dengan enjin pembakaran tradisional, tetapi tanpa memerlukan pengecasan.

 

 

E-power

 

 

Selain enjin petrol, e-POWER juga menggunakan brek janaan semula untuk memastikan bateri diisi semula. 

 

Semasa memperkenalkan e-POWER di Malaysia Autoshow 2024, Khoo Cheng Pah, Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Tan Chong Motor berkata, “Transformasi yang sedang dialami oleh industri automotif kini memberikan cabaran dan peluang yang unik".

 

Kenderaan elektrik bateri (BEV) sudah pasti akan menarik perhatian pengguna, tetapi terdapat halangan dalam pengambilan secara besar-besaran.

 

"Sebagai jenama automotif pertama yang mengeluarkan kenderaan elektrik secara besar-besaran, Nissan LEAF, model yang diperkenalkan oleh ETCM pada 2013, kami bersedia untuk memulakan satu langkah lain dalam memperkasakan elektrifikasi mobiliti untuk rakyat Malaysia melalui e-POWER,” ujarnya.

 

“Proposisi pintar e-POWER menggabungkan pelbagai ciri terbaik sistem pemacu – ciri-ciri pemanduan yang menyeronokkan seperti kenderaan EV, kebebasan daripada keperluan untuk mengecas dan penjimatan daripada kenderaan berkuasa petrol yang sangat cekap.

 

Kenderaan Nissan yang dikuasakan oleh e-POWER mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu kenderaan terlaris di Jepun dengan pemanduannya yang mengujakan, kecekapan dan kehalusannya, serta tanpa kelemahan daripada pemilikan EV. Kami optimis bahawa rakyat Malaysia akan mencapai kesimpulan yang sama apabila kami melancarkan e-POWER pertama kami pada separuh kedua tahun ini,” tambah Khoo.

 

Apakah e-POWER dan cara ia berfungsi

Nissan e-POWER ialah rangkaian kuasa pemacu elektrik yang inovasi dan memenangi anugerah yang menyepadukan enjin pembakaran dalaman dengan motor elektrik. Sedangkan enjin hanya digunakan untuk menjana eletrik, maka roda 100% digerakkan oleh motor keluaran tinggi. Sama seperti kenderaan EV, e-POWER dapat menawarkan tindak balas pendikit dengan serta-merta kerana motor elektrik boleh menjana tork maksimum dengan serta-merta. Rangkaian kuasa pemacu elektrik Nissan e-POWER mendapat pengiktirafanTechnology of the Year” dari Automotive Researchers & Journalists’ Conference of Japan (RJC) pada tahun 2021.

 

 

E-power

 

E-power

 

 

Kawalan motor e-POWER, integrasi rangkaian kuasa dan teknologi pengurusan bateri memanfaatkan pembangunan luas Nissan dalam EV. Koponen utama sistem e-POWER terdiri daripada bateri Litium-ion, motor elektrik berkuasa tinggi, inverter, generator dan enjin pembakaran dengan kecekapan termal terkemuka dalam kelas.

 

 

E-power

 

 

Tidak seperti hybrid pengecasan sendiri konvensional yang roda terutamanya dipacu secara langsung oleh ejin, sistem kawalan pintar e-POWER melaraskan operasi enjin secara bebas berdasarkan faktor seperti kelajuan kenderaan, keadaan jalan raya, tahap pecutan dan tahap pengecasan bateri. Hasilnya, ia menawarkan pemanduan yang senyap dan diperhalusi dengan operasi enjin yang kurang kerap berbanding dengan hybrid konvensional.

 

 

E-power

 

Pada kelajuan rendah hingga sederhana, seperti pemanduan di kawasan bandar, kenderaan ini digerakkan terutamanya oleh motor elektrik yang dikuasakan oleh bateri litium-ion untuk prestasi seperti EV. Semasa dipandu dengan kelajuan tinggi  dan kendengaran bunyi berguling, enjin berada pada tahap RPM optimum untuk menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk menggerakkan motor, dan apabila pecutan yang kuat diperlukan, motor akan menggabungkan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh enjin dan elektrik daripada litium-ion untuk memberi kuasa pada kenderaan.

 

Sama seperti EV, e-POWER juga menawarkan kemudahan pemanduan satu pedal. Operasi pedal brek boleh dikurangkan hampir 70% melalui brek janaan semula yang boleh memperlahankan kenderaan sambil mengecas semula bateri. - DagangNews.com