OCK Group miliki kelebihan daya saing perkhidmatan digital menyeluruh, Kenanga Research kekalkan saranan 'Outperform' | DagangNews Skip to main content

OCK Group miliki kelebihan daya saing perkhidmatan digital menyeluruh, Kenanga Research kekalkan saranan 'Outperform'

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 5 Julai - Kelebihan daya saing dalam perniagaan digital baru OCK Group Berhad terletak pada kapasitinya untuk menawarkan perkhidmatan menyeluruh iaitu dari awal hingga akhir, termasuk penyelesaian penyambungan. 

 

Menurut Kenanga Reearch, perkara ini dicapai dengan memanfaatkan sumber-sumber sedia ada kumpulan seperti tenaga kerja jurutera. 

 

"Saat ini, kumpulan ini sedang membuat tawaran untuk penyelesaian bandar pintar daripada kerajaan. 

 

"Kami mengekalkan ramalan kami, harga sasaran (TP) 86 sen sesaham dan saranan 'Outperform'," katanya dlam nota penyelidikan hari ini.

 

Jelas Kenanga Research, OCK Group juga sedang mengintai peluang daripada kontrak-kontrak berkaitan kecerdasan buatan (AI) awan .

 

Menurut firma penyelidikan itu, OCK Group menawarkan perkhidmatan awan yang menyeluruh kepada pelanggannya termasuk perundingan, reka bentuk, pembinaan dan operasi. 

 

"Kami faham bahawa kecuali Huawei Cloud, penyedia perkhidmatan awan antarabangsa (CSP) berinteraksi dengan pengguna akhir di Malaysia melalui rakan tempatan seperti OCK. 

 

"Justeru, CSP ini tidak terlibat secara langsung dengan pengguna akhir Malaysia. 

 

"Oleh itu, selepas penyerahan projek awan, OCK mungkin akan terus menerima bayaran berulang dari pelanggannya untuk perkhidmatan termasuk awan AI (cloud AI), penyelesaian penyambungan, perkhidmatan pengurusan dan keselamatan siber," jelasnya.

 

Bagaimanapun kata Kenanga Research, yuran lesen kepada CSP dijangka hanya membentuk bahagian kecil daripada jumlah bayaran keseluruhan.

 

Sementara itu, Kenanga Research berkata, unit digital OCK pada masa ini mempunyai buku tender di antara RM300 juta hingga RM400 jua.

 

Katanya, sebanyak 72% daripadanya terdiri daripada penyelesaian bandar pintar diikuti perkhidmatan terurus (18%), ketersambungan (6%) dan awan, 4%. 

 

"Pasaran yang sepadan untuk kumpulan tender OCK terutamanya terdiri daripada kerajaan, dengan anggaran 90% bahagian. Ini termasuk kerajaan negeri dan Persekutuan, serta pelbagai kementerian," katanya. - DagangNews.com