OM Holdings kekal berhati-hati terhadap prospek pasaran akibat situasi lebihan bekalan - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

OM Holdings kekal berhati-hati terhadap prospek pasaran akibat situasi lebihan bekalan - Kenanga Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Nov - OM Holdings Limited kekal berhati-hati terhadap prospek pasaran selepas mengambil kira cabaran ekonomi di China serta situasi lebihan bekalan.

 

Kenanga Research berkata, harga purata spot ferrosilicon (FeSi) menguncup 25% kepada AS$1,481 setiap tan bagi 9MFY23 (berbanding unjuran FY23 kami sebanyak AS$1,500 setiap tan) 

 

Katanya, purata harga silicomanganese (SiMn) menurun 29% kepada AS$988 bagi setiap tan (berbanding unjuran FY23 kami sebanyak AS$900 bagi setiap tan).

 

Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu memberi gambaran bahawa pengeluaran bagi FY23 lebih tinggi kerana relaunya dapat menyambung semula pengeluaran selepas kerja penyelenggaraan siap lebih pantas daripada jangkaan.

 

"Ia menaikkan panduannya bagi pengeluaran FY23F dari kilangnya di Sarawak kepada 340 tan hinggan 430 tan berbanding 340 tan hingga 400 tan tiga bulan lalu.

 

"Ini disokong penggunaan kapasiti yang lebih tinggi kerana lebih banyak relau yang kini dalam penyelenggaraan utama akan siap bagi kegunaan lebih awal daripada jangkaan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, dua relau aloi mangan dan satu relau FeSi kumpulan itu siap menjalani penyelenggaraan utamanya pada 2HFY23 berbanding hanya dua relau aloi mangan pada 1QFY23.

 

Baki lima relau FeSi akan menjalani kerja-kerja penyelenggaraan utama secara berfasa sepanjang 2HFY23. Kes asas pengeluaran FY23 berada pada tahap yang sama dengan FY22

 

Kenanga Research berkata, sehingga 30 September 2023, 15 daripada 16 relau kumpulan itu telah beroperasi dengan tujuh relau menghasilkan FeSi dan lapan relau menghasilkan aloi mangan.

 

Baki satu relau FeSi sedang menjalani penukaran kembali kepada relau MetSi dan akan menyambung semula pengeluaran pada awal tahun 2024.

 

"Ini bermakna kesemua 16 relau kumpulan itu akan beroperasi pada 1QFY24," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM2.07 sesaham. - DagangNews.com