OMH catat lonjakan pengeluaran ferosilikon, aloi mangan & bijih sinter mangan | DagangNews Skip to main content

OMH catat lonjakan pengeluaran ferosilikon, aloi mangan & bijih sinter mangan

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
nabila@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 26 Okt. -  OM Holdings Limited (OMH), pengeluar bijih mangan dan ferroaloi bersepadu mencatatkan jumlah pengeluaran yang lebih tinggi bagi ferosilikon, aloi mangan dan bijih sinter mangan dari loji miliknya di Samalaju Industrial Park, Bintulu, Sarawak (Kilang Sarawak) pada suku ketiga berakhir 30 September 2021 berbanding suku kedua berakhir 30 Jun 2021 

 

Kumpulan itu berkata, bagi suku dalam tinjauan, Kilang Sarawak mengeluarkan 33,453 tan ferrosilicon, 59,307 tan aloi mangan dan 34,542 tan bijih sinter mangan. 

 

"Ia masing-masing mewakili  45%, 57% dan 143% lebih tinggi dalam jumlah pengeluaran berbanding suku sebelumnya selepas Kilang Sarawak beroperasi semula pada awal Julai berikutan penggantungan sementara sebelumnya.

 

"Kilang Sarawak mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan kira-kira 200,000 hingga 210,000 tan untuk ferrosilikon, 250,000 hingga 300,000 tan untuk aloi mangan dan 250,000 tan untuk bijih sinter," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Tambahnya, jumlah jualan ferosilikon menurun 21% dan jualan aloi mangan berkurangan 14% pada suku ketiga 2021  berbanding suku sebelumnya kepada 23,894 tan dan 43,856 tan masing-masing disebabkan oleh inventori yang lebih rendah bagi barang siap yang tersedia untuk penghantaran berikutan penggantungan sementara Loji Sarawak mulai akhir Mei hingga Jun 2021 akibat pandemik COVID-19.

 

Sementara itu Lombong Manganese Bootu Creek milik penuh OMH di Australia memproses 230,566 tan pada suku ketiga 3Q2021 pada gred purata 27.98% mangan manakala Ultra Fines Plant (“UFP”) mengeluarkan 4,736 tan dengan gred purata 27.91% mangan untuk suku sama.

 

" Bagi suku dalam tinjauan, sejumlah 143,847 tan produk mangan dengan gred purata 27.96% mangan telah dihantar dari Pelabuhan Darwin.

 

"Berdasarkan anggaran semasa, semua operasi perlombongan di lombong Bootu Creek Manganese dijangka selesai pada suku keempat berakhir 31 Disember 2021. 

 

"Selepas kilang pemprosesan utama berhenti beroperasi, Syarikat hanya akan memasuki operasi UFP kendiri selepas komersil lengkap penilaian semula telah dijalankan untuk mewajarkan kemampanan kewangan projek," jelasnya. -DagangNews.com