OYO tawar diskaun hingga 70% tempahan bilik sempena cuti sekolah | DagangNews Skip to main content

OYO tawar diskaun hingga 70% tempahan bilik sempena cuti sekolah

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Dis - Platform teknologi hospitaliti global, OYO menawarkan diskaun sehingga 70% untuk tempahan semasa cuti sekolah sehingga akhir tahun ini.

 

Diskaun tersebut boleh didapati di semua hartanah OYO dalam segmen berbeza seperti Collection O, Capital O, Bilik OYO dan Spot On di negara ini. 

 

Tahun ini, aktiviti pelancongan di Malaysia dijangka kembali meriah selepas 'berehat' selama dua tahun, menarik pelancong dari seluruh negara untuk menikmati sambutan selama tiga minggu.

 

Skim ini dibuat khusus untuk memastikan tetamu yang merancang untuk memulakan percutian tahunan mereka dapat menempah penginapan yang bersih, selamat dan selesa sekaligus menambahkan lagi keseronokan percutian mereka. 

 

Ia juga direka untuk meningkatkan inisiatif kerajaan untuk mempromosikan pelancongan domestik selepas dua tahun disebabkan pandemik.

 

Skim diskaun OYO sejajar dengan Program Nomad Digital Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital pilihan dan menyokong komuniti tempatan tersebut sebagai pemangkin pemulihan pelancongan.

 

OYO mempunyai kehadiran luas merentasi rangkaian lebih 8,000 hotel di 75 bandar dan pekan di seluruh Malaysia termasuk di bandar dan pekan utama.

 

 

oyo

 

 

Tetamu boleh mendapatkan diskaun dengan memuat turun aplikasi OYO, klik ikon 'Berdekatan' berwarna merah untuk menemui hotel penyertaan yang sah di bandar pilihan mereka dan memilih daripada kod kupon 'MYDEDAGANG55', 'OYODEDAGANG65', 'OYODEDAGANG55', 'MYPSALE' dan menekan butang tempah sekarang dan bayar di hotel. 

 

Pelanggan juga boleh membuat tempahan melalui laman web www.oyorooms.com dan melalui beberapa laman tempahan dalam talian seperti Agoda, Booking dan Traveloka.

 

CBO dan Ketua Pegawai Eksekutif Global SEAME, Ankit Tandon berkata, OYO Malaysia berazam untuk menyediakan tetamu dengan pelbagai jenis penginapan sambil memastikan fleksibiliti dalam tempahan dan jaminan sanitasi. 

 

"Musim cuti sekolah juga merupakan peluang untuk kami membantu rakan kongsi hotel kami meningkatkan pendapatan mereka. 

 

"Kami memperkenalkan program jaminan harga dan hasil untuk mereka yang telah mendapat sambutan menggalakkan, bahkan melakukan jumlah perniagaan lebih tinggi daripada sebelumnya," katanya. - DagangNews.com