Oleh YEO LI SHIAN
lishian@dagangnews.com
KUALA LUMPUR, 20 Okt. – Sebagai penghargaan bagi para pekerja barisan hadapan dan perkhidmatan penting di Malaysia, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) kini memperkenalkan satu pakej istimewa edisi terhad – Digi Postpaid Smart Bundle.
Dengan harga serendah RM68, Digi Postpaid Smart Bundle menawarkan penjimatan, kuota dan rebat pelan yang lebih menarik.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan, pakej ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Digi dalam mempelbagaikan kaedah bagi memenuhi keperluan pelanggan menerusi tawaran yang relevan dan bernilai selama ini.
“Pakej Digi berbajet mesra ini dapat membantu meringankan tenaga kerja barisan hadapan dan mereka yang bekerja dari jauh menerusi kemudahan rangkaian 4G LTE Digi tanpa sebarang kekangan lokasi,” katanya.
Antara kelebihan pakej istimewa ini termasuk penjimatan hebat dengan diskaun tambahan sehingga 87% untuk pelan telefon pintar 4G terpilih dan kos pembayaran pendahuluan yang rendah.
Selain itu, telefon pintar turut digabungkan dengan kontrak 12 bulan bagi pakej Digi Postpaid 58 yang menyediakan panggilan tanpa had dan kuota Internet sehingga 30GB.
Beliau menambah: “Terhad sehingga 30 November depan atau selagi stok masih ada, pelanggan Digi Postpaid Smart Bundle yang layak hanya perlu mendaftar pakej ini di salah satu daripada 200 Digi Stores atau Digi Store Express di seluruh negara.”
Terbuka kepada semua petugas barisan hadapan dan perkhidmatan penting, pelanggan yang layak perlu membawa dokumen pengenalan diri beserta kad pekerja yang sah sewaktu membuat pendaftaran.
Untuk maklumat lanjut mengenai Digi Postpaid Smart Bundle, layari http://digi.my/dcheroes, dan semak kelayakan anda untuk menikmati tawaran istimewa ini di sini: https://www.digi.com.my/shop/digi-cares-corporate-hero-list. – DagangNews.com