Pasaran Asia raih keuntungan sederhana, dolar AS jatuh | DagangNews Skip to main content

Pasaran Asia raih keuntungan sederhana, dolar AS jatuh

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Pasaran Asia menunjukkan sedikit peningkatan selepas saham sektor teknologi menunjukkan prestasi positif sekali gus melonjakkan saham Amerika Syarikat (AS) yang lain.

Saham perbendaharaan turut meningkat, tetapi dolar AS menunjukkan penurunan. 

Niaga hadapan menunjukkan keuntungan sederhana di Australia, Hong Kong dan Jepun dengan niaga hadapan AS sedikit berubah.

Menurut Bloomberg, Indeks S&P 500 melonjak buat kali ketiga pada minggu lalu, mengatasi rekodnya pada Februari 2020.

“Pakej rangsangan China yang baru sahaja diumumkan melonjakkan penanda aras berkenaan, tetapi ketegangan yang berlanjutan terus membebankan sentiman ketika AS mengumumkan sekatan baharu ke atas Huawei Technologies Co,” jelas laporan Bloomberg. 

Jabatan Perdagangan AS mengumumkan penambahaan sekatan ke atas Huawei Technologies Co. yang bertujuan menghentikan akses syarikat China ke dalam pasaran cip tersedia secara komersial. 

Langkah berkenaan meningkatkan lagi ketegangan hubungan antara kedua-dua negara ekonomi terbesar dunia. 

“Nasdaq 100 mengungguli prestasi terbaik, sementara bank-bank besar merosot setelah Warren Buffett’s Berkshire Hathaway Inc. mengurangkan saham di beberapa pemain industri teratas,” tambah Bloomberg. 

Dalam pada itu, para pelabur sedang memerhati prestasi S&P 500 kerana penanda arasnya sering gagal melepasi paras rekod. Ini menunjukkan keuntungan sukar diperoleh ketika ini.

Kemungkinan kesepakatan Kongres untuk mengeluarkan pakej rangsangan baharu yang komprehensif sebelum September 2020 juga semakin hari semakin pudar. - DagangNews.com