PBJ TNB RINGANKAN BEBAN SITI HAWA | DagangNews Skip to main content

PBJ TNB RINGANKAN BEBAN SITI HAWA

MELAKA 14 Jan. - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Sulaiman Md Ali (kiri) merasmikan Projek Baiti Jannati (PBJ) TNB Peringkat Negeri Melaka di Kampung Lendu, Alor Gajah, Melaka pada 9 Januari 2021 lalu, sebelum menyerahkan kepada penerima Siti Hawa Mohd Shariff (dua, kiri).

 

Turut hadir semasa perasmian, Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek (dua, kanan) dan Ketua Retail Negeri (Melaka), Ir. Khairizam Ibrahim (tiga, kanan).

 

Projek PBJ adalah satu program Tanggungjawab Korporat TNB, bertujuan untuk membantu golongan asnaf mendapat tempat tinggal yang lebih selesa menerusi pembiayaan kerja-kerja membaiki, membina baharu atau pembelian rumah kediaman.

 

Seramai 880 penerima di seluruh Semenanjung telah mendapat manfaat melalui program ini sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2007 dengan kos mencecah RM39 juta.

 

Bagi negeri Melaka, setakat tahun 2017, sebanyak 28 buah rumah terlibat di dalam PBJ dengan kos melebihi RM 1.2 juta. - DagangNews.com