Peikko buka kilang baharu bernilai RM50 juta di Johor | DagangNews Skip to main content

Peikko buka kilang baharu bernilai RM50 juta di Johor

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 19 Okt - Peikko Group Corporation, pembekal global terkemuka bagi sambungan konkrit dan struktur komposit mengumumkan pembukaan rasmi kilangnya di Johor Bahru.

 

Fasiliti baharu itu terdiri daripada kira-kira 3,000 meter persegi ruang dan dilengkapi jentera dan barisan pengeluaran yang canggih, sekali gus membolehkan syarikat untuk menyediakan perkhidmatan yang unggul dan profesional kepada pelanggannya. 

 

Memanfaatkan kepakarannya yang meluas dalam pembinaan pratuang dan lestari, fasiliti bernilai RM50 juta itu berada pada landasan yang kukuh untuk memenuhi keperluan dinamik Malaysia, Singapura dan pasaran Asia Tenggara yang lain.   

 

Ketua Pegawai Eksekutif Peikko, Topi Paananen berkata, pembukaan sebuah fasiliti pengeluaran baharu merupakan suatu langkah ke hadapan yang wajar, kerana Peikko mempunyai pasukan jualan & sokongan teknikal di Singapura selama beberapa tahun. 

 

"Lokasi Johor Bahru yang sangat penting dari segi strategik ini merupakan pilihan terbaik untuk Peikko apabila meningkatkan operasi kami di Malaysia dan rantau Asia Pasifik yang lebih luas pada tahun-tahun akan datang," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Sejajar dengan trend yang semakin berkembang dalam Rantau APAC Peikko, pengembangan ini memperkukuh komitmen dan kesungguhan Peikko untuk memenuhi permintaan industri pembinaan yang semakin meningkat di Malaysia dan Rantau Asia Pasifik yang lebih meluas. 

 

Langkah strategik ini meningkatkan keupayaan Peikko untuk bertindak balas terhadap keperluan pelanggan, sekali gus mewujudkan pendekatan yang lebih berorientasikan pelanggan dan memperkukuh reputasi jenama Peikko dalam industri. 

 

 

peikko

 

 

peikko

 

 

Peikko Malaysia teruja untuk membuka lembaran baharu ini dan komited untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya dengan cemerlang dan pada masa yang sama memberikan sumbangan yang ketara kepada landskap pembinaan Malaysia yang dinamik dan menjangkaui industri ini. 

 

Terdahulu, pembukaan rasmi kilang itu dihadiri oleh Duta Besar Finland ke Malaysia dan Brunei, Sami Leino, selain ebih 80 pihak berkepentingan utama lain mewakili pelanggan, pembekal, rakan kongsi dan pihak berkuasa menghadiri majlis pembukaan tersebut.

 

 

peikko

 

 

Sambutan menampilkan majlis pembukaan, lawatan fasiliti berpandu, serta pembentangan menarik yang menegaskan komitmen Peikko yang tidak berbelah bahagi terhadap pasaran Malaysia. - DagangNews.com