Pekat terima manfaat perkembangan RE dan pusat data di Malaysia | DagangNews Skip to main content

Pekat terima manfaat perkembangan RE dan pusat data di Malaysia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 Julai - Pekat Group Bhd diunjur menerima manfaat daripada trend pertumbuhan tenaga boleh diperbaharu (RE) dan pusat data yang sedang berkembang pesat di negara ini.

 

Apex Security mengunjurkan pertumbuhan hasil FY24/FY25 pada 37%/38%, diterjemahkan kepada untung bersih teras RM20.9 juta/RM31.9 juta.

 

Katanya, unjuran pendapatan itu berdasarkan kepada pengiktirafan buku pesanan yang belum dibilkan sebanyak RM180 juta (RM100 juta daripada segmen RE dam RM80 juta daripada segmen perlindungan kilat dan pembumian (ELP)) dan tender berterusan daripada Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP) yang dijangka menghasilkan pendapata RM200 juta. 

 

Firma penyelidikan itu berkata, ia juga didorong oleh kuota 2GW daripada projek solar berskala besar (LSS5) yang dijangka menghasilkan kerja-kerja perkhidmatan kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPCC) bernilai RM5.8 bilion selain penambahan agresif buku pesanan daripada kediaman dan C&I disokong rumusan pembiayaan unik. 

 

"Selain itu, usaha berterusan bagi menambah buku pesanan daripada projek dan rumusan ELP dan kestabilan dalam aliran hasil baharu daripada pemerolehan alat EPE Switchgear serta sumbangan sulung daripada CGPP," katanya dalam atu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Pekat dalam rundingan ambil alih pegangan ekuiti dalam EPE Switchgear

 

Apex Security berkata, dalam tempoh terdekat, pihaknya menjangkakan penambahan buku pesanan kumpulan akan datang terutamanya daripada tender 800MW CGPP, yang membolehkan kumpulan itu memperoleh sehingga RM200 juta dalam kontrak EPCC.

 

Sementara itu, pemerolehan EPE Switchgear itu akan meningkatkan pendapatan pada masa hadapan, berasaskan kepada pertumbuhan pusat data dan penggunaan komponen utama dalam pencawang kuasa serta RE, yang mengurangkan pergantungan kepada subkontraktor yang sejajar dengan perniagaan teras kumpulan.

 

"Kami memulakan liputan terhadap kumpulan itu dengan penarafan 'beli' dengan harga sasaran RM1.14 sesaham," katanya. - DagangNews.com