Pelan penstrukturan semula AirAsia X diluluskan | DagangNews Skip to main content

Pelan penstrukturan semula AirAsia X diluluskan

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 1 Jun - AirAsia X Berhad (AAX) bakal meneruskan pelan cadangannya untuk menstrukturkan semula syarikat.

 

Ini selepas kumpulan itu telah mendapat persetujuan daripada pemegang saham berikutan proses pengundian pada mesyuarat agung luar biasa AAX semalam, jelas kumpulan dalam satu kenyataan. 

 

Ujar syarikat penerbangan itu, kelulusan tersebut menandakan kejayaan besar dalam proses penstrukturan semula syarikat. 

 

"Semua resolusi diluluskan dengan sekurang-kurangnya margin 99.8%. 

 

“Kelulusan itu telah diperoleh serentak dengan rundingan akhir yang diadakan dengan pemiutang," jelas AAX.

 

Dalam pada itu, AAX dan penasihat penstrukturannya, Seabury Capital yang berpusat di New York juga melakukan perbincangan aktif dan produktif dengan pemajak dan pemiutang lain. 

 

Langkah itu diambil selepas kumpulan menerima persetujuan daripada mahkamah untuk mengadakan satu mesyuarat. 

 

Ini dijadualkan pada akhir bulan Julai atau Ogos. 

 

“AAX komited untuk memulakan semula operasi komersial secepat mungkin selepas menyelesaikan rancangan penstrukturan dan pembukaan  pintu sempadan antarabangsa,” ujar AAX lanjut. - DagangNews.com