Pembangunan Bandar Universiti Pagoh, Advancecon terima kontrak bernilai RM22.78 juta daripada Sime Darby Property | DagangNews Skip to main content

Pembangunan Bandar Universiti Pagoh, Advancecon terima kontrak bernilai RM22.78 juta daripada Sime Darby Property

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Nov - Advancecon Holdings Berhad menerusi Advancecon Infra Sdn. Bhd. menerima kontrak bernilai RM22.78 juta daripada Sime Darby Property (Pagoh) Sdn. Bhd. bagi cadangan pembangunan Bandar Universiti Pagoh.

 

Menerusi kontrak itu, Advancecon Infra dilantik sebagai kontraktor bagi cadangan pembinaan dan penyiapan kerja tanah serta kerja bantuan bagi projek itu.

 

"Kontrak itu akan bermula pada 23 November 2023 hingga 22 Mei 2025," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kumpulan itu bercadang untuk membiayai kontrak itu melalui dana yang dijana secara dalaman dan/atau pijaman luar.

 

Katanya, tiada sebarnag risiko ketara yang boleh dijangka selain daripada risiko operasi yang berkaitan sepanjang tempoh kontrak.

 

"Tanpa sebarang keadaan yang tidak diduga, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif ke arah pendapatan masa hadapan kumpulan sepanjang tempoh kontrak.

 

"Ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham besar bagi Advancecon," katanya. - DagangNews.com