Pembelian F/A-18 Kuwait lonjak kuasa udara TUDM, jadi pengguna utama Hornet di Asia Tenggara | DagangNews Skip to main content

Pembelian F/A-18 Kuwait lonjak kuasa udara TUDM, jadi pengguna utama Hornet di Asia Tenggara

Pembelian pesawat Hornet Kuwait bakal menggandakan keupayaan skuadron F/A-18 TUDM.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 12 Julai - Hasrat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mendapatkan pesawat tempur F/A-18 Hornet kepunyaan Kuwait bakal diketahui sedikit masa lagi.

 

Pihak Kementerian Pertahanan (Mindef) akan membuat keputusan berdasarkan daripada laporan kumpulan teknikal tersebut TUDM yang telah dihantar ke Kuwait pada bulan lalu.

 

Lawatan tim teknikal TUDM ini susulan cadangan mengadakan rundingan bagi perolehan pesawat tempur F/A-18 Hornet berkenaan serta kesesuaian dengan corak operasi di sini.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7390691348078251265.jpg?itok=UA3rYat1","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7390691348078251265?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7390560066821703185","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

Kuwait mengoperasikan kedua-dua varian C dan D dengan usia pesawat melebihi 25 tahun berjumlah 39 buah kesemuanya.

 

Kapal
Kuwait akan menamatkan khidmat Hornet setelah digunakan selama 25 tahun.

 

Difahamkan, pesawat-pesawat tersebut masih mempunyai jangka hayat penerbangan yang baik.

 

TUDM pula memiliki lapan Hornet varian D yang diterima pada 1997 yang mana dua daripadanya telah melalui proses naik taraf pemanjangan jangka hayat.

 

Pesawat-pesawat Hornet akan dioperasikan oleh TUDM untuk tempoh sekurang-kurangnya 12 tahun lagi sehingga perolehan pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) dibuat.

 

Sehubungan itu, opsyen mendapatkan pesawat terpakai Kuwait ini jika menjadi kenyataan bakal memberikan lonjakan tambahan kepada TUDM serta mengimbangi jurang upaya sedia ada.

 

Dengan tambahan Hornet Kuwait membolehkan TUDM mewujudkan dua lagi skuadron tambahan. 

 

Kapal
F/A-18D Hornet TUDM menjadi tunjang utama TUDM sebagai pesawat pejuang dan serangan.

 

Kapal
Hornet milik Kuwait.

 

Dalam kalangan pemerhati pertahanan pula menjangkakan rancangan TUDM untuk membeli pesawat terpakai Kuwait ini bakal memasuki fasa seterusnya.

 

Ini berdasarkan jangkaan bahawa Amerika Syarikat (AS) telah memberikan lampu hijau bagi penjualan tersebut dibuat kepada Malaysia.

 

Mengapa? Umum mengetahui tanpa persetujuan Washington tidak mungkin penjualan kelengkapan pertahanan boleh dilakukan walaupun alatan terpakai kepada negara ketiga.

 

TUDM juga merupakan satu-satunya pengguna pesawat Hornet di Asia Tenggara, jadi penjualan pesawat milik Kuwait akan menjadi sebahagian daripada usaha AS untuk membantu Malaysia meningkat keupayaan pertahanan.

 

Sebagai pengguna Hornet, penting bagi AS untuk terus menyokong TUDM bagi memastikan kemampuan dan pembangunan pesawat itu relevan sepanjang tempoh penggunaan.

 

Kapal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin semasa menerima kunjungan hormat Duta Kuwait ke Malaysia, Rashedohammed Rashed Al Saleh termasuk membincangkan tentang hasrat mendapatkan pesawat Hornet terpakai.
 

 

Pada tahun 2018, kerajaan Australia telah menyumbangkan alat ganti pesawat-pesawat F/A-18 Hornet miliknya kepada TUDM.

 

Australia menamatkan khidmat 40 pesawat Hornet varian A dan B apabila beralih kepada varian Super Hornet dan F-35A Lightning II.

 

AS sebelum ini pula telah meluluskan penjualan 10 pod sasaran Lockheed Martin AAQ-33 Sniper untuk skuadron F/A-18D Hornet TUDM.

 

Perjanjian bernilai kira-kira RM400 juta itu bertujuan memodenkan skuadron Hornet dan meningkatkan keupayaan operasinya.

 

Kapal

 

Pod kamera berteknologi tinggi bagi membolehkan pesawat melihat dan menjejak sasaran dari jauh pada waktu siang dan malam.

 

Jadi berdasarkan petunjuk ini, keyakinan untuk TUDM memiliki pesawat Hornet Kuwait sangat cerah.

 

Selain Malaysia, AS juga meningkatkan usahanya untuk menjual pesawat pejuang kepada Thailand dengan menawarkan kepada negara Asia Tenggara itu pinjaman bagi membeli pesawat F-16.

 

Thailand merancang membeli 12 buah pesawat tempur baharu bagi menggantikan pesawat F-16 generasi lama yang berusia 30 tahun.

 

Tawaran sama juga dibuat AS ke atas Filipina apabila menawarkan pinjaman untuk membeli pesawat pejuang terpakai F-16. - DagangNews.com

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/1tf9wfEedPU.jpg?itok=hZH9yQfT","video_url":"https://youtu.be/1tf9wfEedPU","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}