Pembukaan KLCI masih di bawah 1,600 mata | DagangNews Skip to main content

Pembukaan KLCI masih di bawah 1,600 mata

KLCI

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 7 April - Pasaran tempatan yang dibuka pagi ini masih mencari kekuatan untuk melepasi paras selesa 1,600 mata.

 

Dalam pembukaan dagangan pagi ini, indeks penanda aras pasaran utama di Bursa Malaysia, FBM KLCI mencatatkan peningkatan 6.66 mata kepada 1,585.57 mata.

 

Paras tersebut bagaimanapun sedikit tinggi berbanding dengan penutupan semalam iaitu 1,578.91 mata.

 

Pembukaan dagangan pagi ini juga menyaksikan sebanyak 215 kaunter untung dan 205 kaunter rugi, manakala 327 kaunter dilihat tidak berubah.

 

Rakutean Trade Research memberitahu, penutupan FBM KLCI di bawah 1,580 semalam disebabkan oleh kekurangan pemangkin baharu serta pemunggahan (offloading) oleh dana asing yang menjadikan pasaran lemah.

 

"Oleh demikian, kami menganggap indeks akan tersekat dalam julat 1,575 hingga 1,585 mata hari ini.

 

"Ini kerana sentimen pasaran dilihat akan terus berhati-hati," jelas Rakutean Trade Research. - DagangNews.com