Pemilik bangunan harus pikul tanggungjawab bila premis diguna untuk dagangan haram | DagangNews Skip to main content

Pemilik bangunan harus pikul tanggungjawab bila premis diguna untuk dagangan haram

KUALA LUMPUR 9 Sept – Tuan punya atau pemilik bangunan adalah tertakluk di bawah Seksyen 135 Akta Kastam serta Seksyen 107 dan 108 Kanun Keseksaaan kerana membenarkan aktiviti haram seperti menyimpan rokok seludup di premis mereka, kata R. Paneir Selvam, Pensyarah Kanan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti HELP dan Institut Jenayah dan Kriminologi universiti tersebut.

 

Ulasan kolumnis perundangan terkemuka ini adalah merujuk kepada siri laporan berita yang mengenengahkan peningkatan kes-kes di mana gudang, rumah kedai dan malahan kediaman telah digunakan oleh penjenayah untuk menyorok atau menyimpang rokok seluduk sebelum dieedarkan di dalam pasaran domestik.

 

Menurut beliau, demi untuk membayar balik pinjaman bank berterusan di dalam keadaan ekonomi yang lembap sekarang, pemilik bangunan memilih untuk tidak menghiraukan latar belakang penyewa atau melakukan pemeriksaan sewajarnya mengenai penyewa. Ini terutamanya bila mereka ditawarkan kadar sewa melebihi harga pasaran atau dibayar pendahuluan sewa 12 atau 24 bulan.’’

 

“Sikap tidak ambil endah atau tidak peduli ini sering mengakibatkan mereka berdepan masalah bila timbul pelmbagai laporan mengenai penyewa menggunakan gudang atau rumah persendirian untuk kegiatan jenayah seperti menyimpan barangan haram seperti rokok seludup,’’ kata Selvam dalam kenyataan di sini.

 

Minggu lalu, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir, Ketua Pengarah Jabatan Kastam, memberi amaran terhadap pemilik bangunan bahawa mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana membenarkan penyewa menggunakannya untuk menyimpan barangan tidak bercukai atau yang dilarang.

 

Selvam menjelaskan bahawa seandainya pemilik bangunan tahu penyewa menggunakan kediaman mereka untuk menyimpan rokok seludup, maka bukan sahaja penyewa tetapi juga pemilik rumah, boleh didenda di bawa sub seksyen ini, yang membawa hukuman denda minimum RM 100,000 atau penjara tidak kurang daripada 6 bulan dan tidak lebih tujuh tahun, atau kedua-duanya sekali,’’ jelas beliau.

 

“Oleh itu, sememangnya tanggungjawab tuan rumah untuk menyelidik latar belakang bakal penyewa dan bertanggungjawab sama ada hartanah mereka digunakan untuk aktiviti jenayah atau tidak.

 

“Lagi pun, pemilik bangunan perlu membuktikan di mahkamah bahawa beliau tidak tahu menahu kegiatan jenayah yang dituduh ke atas penyewanya. Dengan menerima sewa dan membuktikan keadaan lain di mahkamah, dia menanggung beban sebagai pemilik bangunan. Inilah risiko tidak mengendahkan siapa penyewa oleh pemilik bangunan.’’

 

“Jika kegiatan jenayah telah berlaku, pemilik bangunan dikehendaki membuat laporan polis dan mengambil tindakan perundangan ke atas penyewa yang melanggar perjanjian. Jika pemilik bangunan sedar mengenai kegiatan jenayah itu, mahkamah boleh mensabitkan pemilik bangunan sebagai menolong dan membantu penyewa di bawah Seksyen 107 dan 108 Kanun Keseksaan,’’ nasihat Selvam.

 

 

R. Paneir Selvam
R. Paneir Selvam

 

 

Menurut kes Pendakwa Raya melawan Datuk Haji Idris & Ors [1977] 1 MLJ 180, bersubahat secara menolong berlaku apabila seseorang bermatlamat untuk membolehkan dan benar-benar membantu tindakan jenayah menerusi perlakuan tindakan.Misalnya, seseorang pemilik banguna yang mengetahui penyewa terlibat di dalam aktiviti haram, di dalam kes ini menyimpan rokok seludup, telah membantu jenayah dengan menyediakan penyewa itu satu tempat tinggal.

 

Oleh itu, jika tuan rumah sedar bahawa hartanahnya digunakan bagi menyimpan rokok seludup menerusi penyewaan dan tidak melakukan apa-apa, dia boleh didakwa sebagai subahat mengikut Kanun Keseksaan.

 

Selvam berkata, terdapat banyak contoh di mana tuan rumah meletakkan kepercayaan kepada agen hartanah, yang kemudiannya terpengaruh oleh kadar komisen menarik daripada penyewa yang terlibat di dalam aktiviti haram. Pemilik bangunan harus memeriksa kelayakan agen seumpamanya dan secara alternatif memerik agen itu sama ada berdaftar atau tidak di www.lppeh.gov.my.

 

“Bagi mengelakkan timbulnya isu, pemilik bangunan hendaklah memeterai perjanjian penyewaan teratur dengan penyewa sebelum menyewakan hartanah mereka. Pemilik bangunan juga hendaklah melakukan pemeriksaan wajar terhadap bentuk dan tujuan perniagaan penyewa serta memastikan pengenalan teratur penyewa rumah sebelum memeterai perjanjian sewa,’’ saran beliau.

 

Perjanjian sewa lazimnya ditadbir urus menerusi perundangan kontrak, dan jika terdapat kegiatan jenayah dilakukan di hartanah, penewa boleh didakwa sebagai melanggar kontrak. Ini adalah pelanggaran syarat perjanjian penyewaan dan penyewa diwajibkan membayar ganti rugi kepada pemilik bangunan. Pemilik bangunan memikul tanggungjawab untuk memastikan penewa mereka tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan jenayah, dan jika ada, mereka mesti melaporkannya kepada pihak berkuasa.

 

“Yang utama, pemilik banguna hendaklah menilai secara teliti siapa bakal penyewa dan memilih hanya mereka yang dipercayai akan mematuhi undang-undang. Mereka juga wajar peka kepada sebarang aktiviti luar biasa, seperti peningkatan trafik keluar masuk ke hartanah sewaan.

 

“Bagaimanapun, pemilik bangunan boleh menolak bakal penyewa yang disyaki penjenayah atau ganas  dengan menyoal mengenai sejarah jenayah silam atau penggunaan dadah mereka.

 

“Mereka juga hendaklah memberi respond terhadap kebimbangan daripada penyewa atau jiran tetangga, mengenai aktiviti jenayah di atas hartanah sewa. Laporkan insident itu kepada polis sebaik sahaja mengetahuinya. Yang terakhir, mereka wajar mendapatkan nasihat daripada ahli profesional keselamatan bagi menentukan langlah terbaik apabila mengesan dan membanteras kegiatan jenayah di hartanah sewa mereka,’’ kata Selvam.

 

R. Paneir Selvam, kini merupakan Pensyarah Kanan di Institut Jenayah dan Kriminologi di HELP University, Kuala Lumpur, Malaysia di mana beliau mengajar pelbagai program untuk peringkat siswazah dan pasca siswazah. Kecenderungan beliau ialah terhadap isu-isu berkaitan terorisme, liabiliti jenayah dan hak asasi manusia.

 

Beliau telah melakukan kajian mengenai terorisme, pengubahan wang transnasional, kumpulan jenayah terancang, liabiliti jenayah korporat dan pembiayaan teroris pasca 9/11 dan merupakan penguluas dan penyumbang kerap ke pelbagai media dan portal berita. - DagangNews.com