Pemilik Cameron Santorini mahu bina semula tarikan pelancong ala-Greece di Cameron Highland  | DagangNews Skip to main content

Pemilik Cameron Santorini mahu bina semula tarikan pelancong ala-Greece di Cameron Highland 

Binaan Cameron Santorini yang diilhamkan daripada bangunan di Greece sebelum dirobohkan oleh MDCH pada 5 Ogos 2024
Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Pemilik Cameron Santorini berharap dapat membina semula pusat peranginan popular di Brinchang, setelah dirobohkan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands disebabkan tidak memperoleh sebarang kelulusan.

 

CL Cheah, 62, sudah mengendalikan tarikan pelancongan itu di atas tanah yang dimiliki bapanya selama enam puluh tahun.

 

"Saya mendapat ilham bila melawat Greece dan mahu membawa konsep bangunan di negara itu di Cameran Highland," katanya seperti dilaporkan oleh The Star hari ini.

 

 

parafrasa
Bangunan ala-Meditteranean di Cameron Santorini, sebelum dirobohkan pada 5 Ogos 2024.

 

 

Kelmarin, Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) merobohkan binaan Cameron Santorini di pusat peranginan tanah tinggi itu kerana tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

 

Tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan mengikut Seksyen 70 (1) Pembinaan Tanpa Kelulusan di bawah Akta 133 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Dalam satu kenyataan, MDCH memaklumkan operasi jam 9 hingga 11.30 pagi itu diketuai Yang Dipertuanya, Azmil Hadid Maznan.

 

 

parafrasa

 

parafrasa

 

parafrasa

 

parafrasa

 

 

Turut serta kakitangan petugas Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Cameron Highlands (PDTCH), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Cameron Highlands dan Tenaga Nasional Berhad ( TNB).

 

"Tindakan penguatkuasaan ini diharap dapat menjadi iktibar dan peringatan kepada mana-mana pihak yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan agar mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan semasa," menurut majlis daerah itu.

 

 

parafrasa

 

cameron santorini
Cameron Santorini sebelum diroboh, memang lawa dan disukai pelawat.

 

 

Difahamkan, pusat pelancongan terbabit baru dibuka April lalu dan menjadi tumpuan ramai, khususnya pelancong dari luar negara. Harga tiket yang dikenakan RM40 bagi dewasa, manakala RM20 untuk kanak-kanak berumur antara lima dan 12 tahun.

 

Pusat pelancongan itu menjadi pilihan pengunjung yang ingin berswafoto dan bergambar dengan pemandangan cantik, terutama segi reka bentuk bangunan dan landskap. - DagangNews.com