Penarafan bank-bank Malaysia dikekalkan kepada 'neutral' | DagangNews Skip to main content

Penarafan bank-bank Malaysia dikekalkan kepada 'neutral'

Bank

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Penarafan bank-bank di Malaysia dikekalkan dengan saranan 'neutral'.

MIDF Research berkata, pengekalkan tersebut dibuat berdasarkan kepada kekurangan kualiti aset perbankan pasca moratorium.

"Kami kekalkan pendirian 'neutral' kami memandangkan kualiti aset perbankan pasca moratorium masih terdapat kekurangan buat masa ini.

"Bagaimanapun, kami percaya bank akan terus berdaya tahan.

"Kami juga percaya mungkin akan wujud penilaian semula sekiranya terdapat lebih banyak kualiti aset secara keseluruhannya untuk lebih maju," jelas MIDF Research.

Mengulas berkaitan kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergarakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, MIDF Research memberitahu, pihaknya percaya PKPB akan memberi kesan yang terhad kepada sektor perbankan.

"Kami percaya ia akan memberi kesan yang terhad kepada bank berdasarkan analisis daripada pasukan ekonomi kami kepada keseluruhan KDNK tahun ini.

"Secara keseluruhannya kami tidak membuat sebarang ramalan peningkatan tekanan terhadap sektor perbankan pada ketika ini," ujar MIDF Research lagi.

MIDF Research menjadikan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebagai pilihan utama dengan saranan 'beli', bersama harga sasaran sesaham (TP) bernilai RM4.25.

Pilihan tersebut dibuat berdasarkan kepada kualiti aset yang diharapkan kembali stabil, didorong oleh profil peminjamnya. - DagangNews.com