Penarafan sektor sarung tangan ditingkatkan kepada 'positif' | DagangNews Skip to main content

Penarafan sektor sarung tangan ditingkatkan kepada 'positif'

Sarung Tangan

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 21 Okt. - MIDF Research mengambil keputusan untuk meningkatkan penarafan bagi sektor sarung tangan kepada 'positif'.

MIDF Research berkata, penarafan itu dibuat berdasarkan kepada kepercayaan pihaknya terhadap sektor berkenaan yang perlu diberi penilaian baharu.

"Secara keseluruhan kami tingkatkan sektor ini kepada 'positif'.

"Kami percaya bahawa sektor ini harus dinilai sebagai sektor yang stabil berbanding penilaian terhadap pertumbuhan yang tinggi," jelas MIDF Research.

Dalam nota kajian yang sama, MIDF Research mengekalkan saranan 'beli' saham dua syarikat sarung tangan terkenal iaitu Top Glove dan Supermax.

Dengan pengekalan itu, harga sasaran sesaham (TP) untuk Top Glove meningkat kepada RM10.96 berbanding RM9.63 pada sebelumnya, manakala TP Supermax pula meningkat kepada RM13.83 berbanding RM12.43.

Bagi syarikat sarung tangan Hartalega dan Kossan pula, MIDF Research mengambil keputusan untuk meningkatkan saranan sahamnya kepada 'beli' berbanding saranan 'neutral' pada sebelumnya.

Baca: Harga jualan sarung tangan dijangka kekal tinggi pada FY21

Baca: Supermax dijangka rekod keuntungan bersih tinggi 

"TP baharu kami untuk Hartelega adalah RM22.96 berbanding RM20.73 pada sebelumnya.

"Manakala TP baharu untuk Kossan adalah RM10.02, lebih tinggi daripada RM7.68 pada sebelumnya.

"Selain pertumbuhan pendapatan, kami juga tertarik kepada kunci kira-kira dan aliran tunai operasi syarikat yang lebih mengukuh," jelas MIDF Research lagi. - DagangNews.com