Pengembangan Terminal Langsat diunjur beri sumbangan positif kepada hasil Dialog, jana kontrak terminal tangki baharu | DagangNews Skip to main content

Pengembangan Terminal Langsat diunjur beri sumbangan positif kepada hasil Dialog, jana kontrak terminal tangki baharu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 31 Julai - Pengembangan Terminal Langsat dijangka memberi sumbangan positif kepada hasil Dialog Group Bhd dan pasa masa sama menjana kontrak terminal tangki baharu di Pengerang.

 

Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, kumpulan itu menerusi anak syarikatnya akan mengembangkan kemudahan untuk penyimpanan tambahan 150,000 meter padu bagi produk bahan boleh diperbaharui dan petroleum di terminalnya di Tanjung Langsat.

 

Katanya, sejumlah 100,000 meter padu pertama dikhususkan kepada EcoCeres Limited, anak syarikat EcoCeres Inc dan baki 50,000 meter padu akan disewakan kepada pelanggan pihak ketiga seperti syarikat multinasional dan rumah perdagangan.

 

"Kami menjangkakan kumpulan itu meraih kadar pulangan dalaman kasar (IRR) sebanyak 13% berdasarkan kadar terminal tangki sebnayak SGD7.5/m3/bulan dengna kenaikan tahunan sebanyak 3% berdasarkan pertumbuhan pelarasan inflasi selain perbelanjaan modal sebanyak RM250 juta bagi pembesaran.

 

"Selain itu ia juga berdasarka nisbah pembiayaan hutang kepada ekuiti 65:35, margin EBITDA sebanyak 80%, kadar cukai 24% dan pajakan sehingga 2048," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berata, kemudahan pengeluaran baharu EcoCeres dijangka beroperasi di separuh kedua 2025 dan terletak kurang 1km dari Terminal Langsat dengan sambungan terus ke tangki simpanan. 

 

Katanya, kilang penapisan itu mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 350,000 tan dan ia akan menghasilkan bahan api penerbangan mampan (SAF) dan minyak sayuran Hidrotreated (HVO) yang akan disimpan di terminal tangki Dialog.

 

"Dialog akan melaksanakan bahagian  kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) bagi pengembangan yang akan disiapkan sebelum 1QFY27," katanya.

 

Maybank IB mengekalkan sasaran 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM3.17 sesaham. - DagangNews.com