KUALA LUMPUR 15 Sept. - Pengerusi BOH Plantation Sdn. Bhd., Caroline Russell tersenarai antara 25 pemimpin dan ahli perniagaan wanita dalam Forbes 2020 Asia Power Businesswomen.
Russell merupakan generasi ketiga yang menerajui pengeluaran teh terbesar di Malaysia disenaraikan bersama 25 pemimpian wanita lain yang hebat di rantau Asia Pasifik.
Russell menjalankan operasi perniagaan dengan empat ladang teh seluas 1,200 hektar yang mampu menghasilkan kira-kira 4.5 juta kilogram teh setiap tahun.
Menerajui syarikat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 2003, Russell telah berjaya memperluas rangkaian penjualan teh ke pasaran antarabangsa.
Hasil perkhidmatan cemerlang itu, Russell telah diangkat sebagai Ketua Eksekutif selepas persaraan bapanya pada tahun lalu.
Menurut editor majalah Forbes, Rana Wehbe Watson berkata, pengiktirafan tersebut adalah penting kepada pihaknya untuk mengangkat individu yang menonjolkan potensi cemerlang ketika krisis wabak.
"Ketika dunia sedang bertarung dengan ketidakstabilan akibat wabak, adalah penting untuk Forbes Asia mengangkat ahli perniagaan wanita ini.
"Russell berjaya menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang ketika dunia dilanda cabaran wabak," katanya.
25 wanita yang disenaraikan itu adalah peneraju kepada syarikat dan institusi dalam pelbagai industri seperti bioteknologi, pendidikan, logistik dan undang-undang.
Jelas Watson lagi, rekod kejayaan dan kepimpinan kesemua individu tersebut dapat memberi inspirasi dan dorongan kepada orang lain. - DagangNews.com