SEMAKIN banyak kini kawasan Rehat dan Rawat PLUS kini dibuka kepada pengguna lebuh raya.
PETALING JAYA 26 Sept - Peniaga R&R tempatan kini bersedia menanti kunjungan pelanggan lebuh raya apabila PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan lebih banyak medan selera akan dibuka semula untuk membenarkan dine-in.
Pelanggan yang telah lengkap divaksinasi dan layak melakukan perjalanan dengan kebenaran polis kini boleh menikmati pilihan makanan yang lebih menyelerakan bagi memenuhi keinginan selera mereka ketika berehat di sepanjang lebuh raya.
Ketua Pegawai Komersial (CCO) PLUS, Christine Liew berkata, pihaknya sangat gembira mendengar seorang penggemar makanan tempatan menikmati makanan dari R&R PLUS kerana PLUS yakin, makanan yang disediakan mencerminkan kasih sayang dan kesungguhan rakan niaga tempatan kami dalam menyediakannya untuk menepati citarasa pelanggan.
''Kami berharap lebih ramai pelanggan dapat mencuba makanan kegemaran rakyat Malaysia ini dan seterusnya membantu peniaga dan rantaian pembekal kami yang terdiri daripada komuniti jajaran R&R ini," kata beliau dalam kenyataan di sini.
R&R PLUS terkenal dengan variasi makanan tempatan yang menyelerakan; dari nasi Ambeng yang terkenal di R&R Pagoh, kepada Pau Yik Mun yang menyelerakan di Tanjong Malim yang telah beroperasi sejak 1926.
Pelanggan juga digalakkan untuk berehat seketika dalam perjalanan mereka untuk mengunjungi gerai-gerai klasik ini. D'Famous Zul Mee Kari yang sentiasa menjadi bualan di R&R Ulu Bernam juga terkenal sebagai salah satu tempat terbaik di Malaysia yang menikmati semangkuk mee kari, sementara itu para pelanggan juga dapat
menikmati hidangan ikonik Senyum Sokma di R&R Gunung Semanggol.
Sebagai persediaan untuk memastikan pengalaman pelanggan yang lebih baik, PLUS ingin mengumumkan 12 lagi medan selera R&R dan Hentian Sebelah yang bersedia untuk menerima kunjungan para pelanggan di lokasi-lokasi berikut:
20 Sep 2021 (Isnin)
1) R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)
21 Sep 2021 (Selasa)
1) R&R Seremban (Arah Utara)
2) R&R Seremban (Arah Selatan)
3) Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara)
4) Hentian Sebelah Nilai (Arah Selatan)
5) Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara)
6) R&R Machap (Arah Utara)
7) R&R Machap (Arah Selatan)
25 Sep 2021 (Sabtu)
1) R&R Ayer Keroh (Arah Utara)
2) R&R Ayer Keroh (Arah Selatan)
3) Restoran Jejantas Ayer Keroh
4) R&R Pagoh (Arah Utara)
PLUS juga mengingatkan para pelanggan supaya menunjukkan status vaksinasi COVID-19 di aplikasi MySejahtera ketika memesan makanan & minuman di gerai kendalian Rakan Niaga mereka untuk menerima tag pelekat hijau sebelum dibenarkan memasuki ruang makan medan selera tersebut.
Menyedari bagaimana setiap pembelian dapat menguatkan azam komuniti jajarannya dalam menghidupkan kembali sosio-ekonomi mereka, kempen PLUS 'Satu Pembelian Seribu Harapan' terbukti menjadi inisiatif penting dalam memastikan kelestarian punca pendapatan rakan niaga mereka dan rantaian ekosistem bekalan di sepanjang 1,130km lebuhrayanya.
"Sungguhpun para pelanggan kini dapat mengunjungi restoran-restoran kegemaran mereka, kami gembira kempen tersebut telah mendapat sokongan dari seluruh rakyat Malaysia dan telah memberi kesan positif kepada seluruh komuniti di sepanjang lebuh raya kami", kata Christine.
Pelanggan lebuh raya yang masih belum menerima vaksin lengkap juga dialu-alukan untuk menikmati menu lazat untuk dibawa pulang dari R&R kami. Bagi meminimumkan interaksi pelanggan juga boleh menggunakan fungsi Pra-Pesanan PLUS App atau melalui pautan https://orderdisini.plus.com.my/ daripada rakan perniagaan dan pengendali gerai yang mengambil bahagian.
Pelanggan boleh memuat turun Aplikasi PLUS dengan mudah dari Android Play Store dan Apple App Store. Sila layari www.plus.com.my untuk maklumat terkini mengenai dine-in dan perkhidmatan lain. - DagangNews.com
BACA JUGA : 7 R&R Lebuhraya PLUS dibuka mulai Hari Malaysia 16 September 2021
Lebih banyak R7R Lebuhraya PLUS kini dibuka semula