Perbelanjaan Frontken akan bertambah selepas pembukaan kilang kedua AGTC - HLIB Research | DagangNews Skip to main content

Perbelanjaan Frontken akan bertambah selepas pembukaan kilang kedua AGTC - HLIB Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 April - HLIB Research menjangkakan perbelanjaan Frontken Corporation Berhad akan bertambah dalam jangka masa terdekat kesan daripada pembukaan kilang kedua Ares Green Technology Corp (AGTC) dan persediaan minyak dan gas (O&G) di Pengerang.

 

Firma itu berkata, selain itu, kumpulan itu juga baru sahaja menyelaraskan gaji kakitangan mereka di sesetengah wilayah namun ia dijangka tidak akan memberi kesan besar kepada struktur kos.

 

Katanya, permintaan daripada pelanggan kekal stabil dan sehingga kini tidak berlaku sebarang pengurangan tempahan.

 

"Sehingga kini, mereka tidak berhadapan masalah dengan kenaikan kos bahan mentah.

 

"Bagaimanapun, kumpulan itu terus mengalami tekanan harga daripada kilang besinya walaupun telah menaikkan harga jualan purata (ASP).

 

"Kami menjangkakan margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) akan meningkat hasil daripada peningkatan dalam sektor O&G dan pada sama menjangkakan sektor itu mencatatkan perkembangan dua digit bagi keuntungan selepas cukai," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, perkembangan fasa 1 kilang kedua Taiwan akan menyumbang keuntungan teras FY23 sebanyak 22% manakala FY22 tidak akan berubah.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah iaitu RM3.20 berbanding RM4.36 sebelum ini. 

 

"Kami menyukai Frontken kerana berjaya menunjukkan perkembangan positif sejak beberapa tahun kesan daripada pasaran semikonduktor yang mampan, pelaburan dalam kilang besi, penggunaan teknologi terkini dan kunci kira-kira yang kukuh akibat perkembangan di Taiwan," katanya. - DagangNews.com