Perdana Menteri arah semua agensi terlibat dalam bencana banjir sedia hadapi sebarang kemungkinan | DagangNews Skip to main content

Perdana Menteri arah semua agensi terlibat dalam bencana banjir sedia hadapi sebarang kemungkinan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 22 Dis - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua agensi terlibat dalam bencana banjir supaya bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

 

Beliau juga menasihati penduduk di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak supaya mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan diri serta keluarga berikutan amaran ribut petir dan hujan lebat.

 

"Kepada penduduk di kawasan terbabit, tolong ambil langkah sewajarnya dalam memastikan keselamatan diri dan keluarga sentiasa terjaga," katanya menerusi laman Twitter rasminya, hari ini.

 

Jabatan Meteologi Malaysia (MetMalaysia) pada 3.20 petang ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Kuantan, Pahang.

 

Amaran itu juga meliputi Selangor (Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Langat); Jelebu, Negeri Sembilan dan Johor (Tangkak, Muar, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).

 

Amaran sama juga dikeluarkan untuk beberapa kawasan di Sarawak iaitu Sri Aman, Betong, Pakan, Julau, Meradong, Sibu, Song, Kapit, Belaga, Tatau, Sebauh dan Marudi.

 

pom

 

Pendudukan di Sabah juga dinasihatkan untuk bersedia khususnya melibatkan Lahad Datu dan Kinabatangan. - DagangNews.com