KUALA LUMPUR 25 Sept. - Perubahan politik di Malaysia memberi cabaran buat para pelabur yang terpaksa berdepan dengan ketidaktentuan keadaan pasaran saham negara.
Para pelabur yang sebelum ini berdepan dengan penurunan pasaran aset Malaysia, dikejutkan pula oleh isu itu yang mendorong pergolakan ekonomi negara sebagai salah satu pasaran lebih berdaya tahan di Asia.
Pasaran Malaysia sehingga kini berprestasi lebih baik berbanding negara Asia lain selepas COVID-19, tetapi kini diuji dengan peningkatan kes pandemik berkenaan serta isu politik.
Malah, tempoh moratorium yang bakal berakhir melonjakkan penanda aras ekuiti negara dari paras terendah pada Mac lalu.
“Perubahan itu berpotensi mencetuskan pergolakan pasaran saham Malaysia.
“Melihatkan apa yang Malaysia telah lalui sehingga kini, terdapat kecenderungan terhadap perebutan kuasa,” kata Pakar Strategi di IG Asia Pte, Jingyi Pan seperti dipetik Bloomberg.
Baca : Anwar dakwa miliki majoriti ambil alih kerajaan (TEKS KENYATAAN PENUH)
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lalu mengejutkan politik negara apabila mendakwa menerima sokongan majoriti untuk membentuk sebuah kerajaan.
Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau masih Perdana Menteri yang sah.
Kekecohan itu didakwa mengganggu dasar dan rancangan kewangan negara sama ada bagi jangka masa pendek atau panjang.
Baca : ‘Pengumuman mengejut’ Anwar cetus ketidaktentuan dasar, rancangan kewangan Malaysia
Penanda aras KLCI merosot 7% sejak mencecah paras tertinggi setakat ini pada Julai lalu.
Ringgit pula menurun pada bulan ini selepas meraih keuntungan selama tiga bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Sementara itu, FTSE Russell pula mengekalkan Malaysia dalam Senarai Pemerhatian di mana terdapat kemungkinan bon negara diturunkan Kebolehcapaian Tahap 1 bagi Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI). - DagangNews.com