Perniagaan Prolintas Infra Business Trust berjalan seperti biasa, diketuai Datuk Ikmal Hijaz | DagangNews Skip to main content

Perniagaan Prolintas Infra Business Trust berjalan seperti biasa, diketuai Datuk Ikmal Hijaz

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Jun - Perniagaan Prolintas Infra Business Trust akan terus berjalan seperti biasa dan akan diambil alih pasukan pengurusan eksekutif interim diketuai oleh Datuk Ikmal Hijaz Hashim.

 

Pengurus Prolintas Sdn Bhd (PMSB), pengurus pemegang amanah Prolintas berkata, beliau memiliki pengalaman luas dalam industri lebuh raya.

 

"Gabungan kepakaran pasukan pengurusan eksekutif tersebut akan memastikan pengurusan amanah diteruskan dengan lancar. 

 

"Lembaga Pengarah PMSB berpendapat bahawa tidak akan ada kesan kewangan dan operasi ke atas operasi Prolintas Infra Business Trust," kata PMSB.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Prolintas sahkan kakitangan direman selepas SPRM menahan CEO bersama 7 lagi atas dakwaan rasuah

 

Lembaga Pengarah akan membuat pengumuman lanjut apabila terdapat sebarang perkembangan berhubung isu itu, tambahnya.

 

"PMSB terus komited untuk mengekalkan tahap integriti dan tadbir urus korporat tertinggi," katanya.

 

Sementara itu, saham Prolintas Infra Business Trust turun lapan sen atau 8.7% kepada 83 sen pada pagi Rabu, berikutan dagangan semula pada pukul 10 pagi, selepas mereka mengesahkan penahanan beberapa pengarahnya.

 

Pengurus Prolintas Sdn Bhd (PMSB), pengurus pemegang amanah Prolintas berkata, pengarah yang telah direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi cuti bermula hari ini.

 

Dagangan saham Prolintas Infra Business Trust digantung dari 9 pagi hingga 10 pagi. - DagangNews.com